Pumpkin Bua Loy

Nor Al Fatihah
Nor Al Fatihah @ThahWatermelon85
Klang, Selangor

Bua Loy bermaksud teratai yg terapung iaitu pencuci mulut yg berasal drp Thailand. Ia dibuat drp tepung pulut, kemudian di gentel bulat kemudian direbus & di campurkan ke dlm santan. Bila di masak ia terapung di permukaan..jadi sebab itulah ia nya di panggil teratai terapung. Saya pelbagaikan bentuknya menjadi buah labu. Utk menambahkan rasa, saya menambah puri labu ke dlm campuran tepung pulut & utk sesuaikan dgn namanya..jadilah namanya Pumpkin Bua Loy. Sewaktu saya share dlm group masakan 2 tahun lepas, ia terus menjadi viral & telah ramai yg mencubanya..walaupun agak mengambil masa utk membentuk semua labu2 ini, saya rasa puas hati setelah tengok hasilnya. Ia sedap di makan sejuk2

Edit resipi
Lihat statistik
Kongsi
Kongsi

Ramuan

  1. 🎃 1 1/2 cawan labu yg telah di rebus & di lecek
  2. 🎃 3 cawan tepung pulut
  3. ~boleh tambah tepung gandum 3 sudu bsr supaya tidak terlalu liat
  4. 🎃 sedikit garam
  5. 🎃 pewarna oren & hijau
  6. 🎃 2 cawan santan pekat
  7. 🎃 2 cawan air
  8. 🎃 1 cawan gula @ ikut manis
  9. 🎃 1/2 sudu teh garam
  10. 🎃 2 helai daun pandan-disimpul
  11. 🎃 sedikit sagu yg telah di masak

Cara Memasak

  1. 1

    Satukan labu, tepung pulut & garam. Gaul hingga menjadi doh.

  2. 2

    Asingkan 2 sudu bsr & campur dgn pewarna hijau utk dijadikan tangkai labu. Doh selebihnya dicampur dgn pewarna oren.

  3. 3

    Ambil sedikit doh oren, gentel bulat. Tekan & gariskan dari atas ke bawah dgn pencungkil gigi utk buat corak labu.

  4. 4

    Kemudian, buat lubang di tengahnya. Ambil doh hijau & gentel panjang. Cucuk pada lubang tadi & kemaskan. Buat sampai habis adunan

  5. 5

    Di dlm periuk, didihkan air & masukkan bebola labu. Bila ia timbul, angkat & toskan. Masukkan ke dlm air sejuk supaya ia tidak melekat antara satu sama lain.

  6. 6

    Utk kuahnya, masak santan bersama gula, garam & daun pandan. Kacau sentiasa. Bila sudah hampir mendidih, masukkan bebola labu & sagu. Kacau rata. Enak dihidangkan sejuk2

Edit resipi
Lihat statistik
Kongsi
Cook Today
Nor Al Fatihah
Nor Al Fatihah @ThahWatermelon85
pada
Klang, Selangor
🍉 Watermelon Lover 🍉Suka buat kuih, desserts, kek & biskut bentuk tembikai 🍉🍉
Baca lagi

Komen (2)

Farhanyy Ami Murad
Farhanyy Ami Murad @cook_21837022
cute nya bentuk pumpkin😍 ada balance labu dalam peti, boleh try buat nanti

Resipi Sepertinya