Mochi Kacang Merah Sedap Mudah

Julia ALeen Aireish
Julia ALeen Aireish @JuliaAA_merecik

Ramai yang suka makanan dari negara Jepun ni, pernah tular viral di facebook semua orang teringin mencubanya, cuma kali ini baru berkesempatan membuatnya terjadilah mochi inti kacang merah homemade sendiri. Jika resipi asal dari negaranya agak rumit cara menghasilkan tepung beras, kita di sini untuk mudahkan kerja dan cepat kita menggunakan dari tepung beras pulut yang sudah diproses. Hasilnya bukan biasa-biasa, sedap bila dihidangkan.

Edit resipi
Lihat statistik
Kongsi
Kongsi

Ramuan

20 biji
  1. Bahan A :
  2. 40 gmtepung jagung - disangai dahulu
  3. Bahan B :
  4. 200 gmtepung beras pulut
  5. 220 mlsantan cair
  6. 40 gmgula kastor
  7. 1 sudu tehtepung jagung
  8. 1/3garam halus
  9. Bahan C :
  10. pewarna makanan kesukaan
  11. Bahan D :
  12. inti kacang merah - readymade
  13. timbang 10gm kemudian bulatkan
  14. ATAU ikutlah citarasa masing-masing nak inti apa

Cara Memasak

  1. 1

    Sangai dahulu tepung jagung 5 minit, angkat ketepikan.

  2. 2

    Bahan B satukan semua jenis tepung, gula dan garam masukkan santan sedikit-sedikit bancuh licin tidak berketul.

  3. 3

    Bahagikan kepada 4 bahagian titiskan warna kesukaan tak perlu kuat, warna lembut sahaja.

  4. 4

    Pastikan air kukusan sudah panas dan mendidih, kukus bancuhan tadi selama 15 minit.

  5. 5

    Alihkan dari kukusan biarkan suam dan boleh dipegang.

  6. 6

    Atas alas/papan pencanai tabur sedikit tepung jagung yang disangai tadi, ambil adunan yang dikukus tadi agak-agak sesudu besar, gelekkan kemudian letak inti bungkus cantik.

  7. 7

    Golekkan ke dalam tepung jagung yang disangai dan sedia dimakan.

Edit resipi
Lihat statistik
Kongsi
Cook Today
Julia ALeen Aireish
Julia ALeen Aireish @JuliaAA_merecik
pada
Dapur MerecikFollow saya di CookPadFollow FB Julia Aleen AireishFollow IG julia_aleenaireishSuka up macam-macam resipiMasak dengan penuh kasih sayang baru merecik
Baca lagi

Komen

Resipi Sepertinya