Roti Lasagna Bujang

Natasha Amanda
Natasha Amanda @cook_22237059

Menu ini sangat senang. Boleh dimakan bila-bila masa sahaja, untuk breakfast, tea time atau supper! Rugi tak cuba, cheese meleleh tau..

#
#goldenapron2020
#natashaamandacooks
#rotilasagna #homecooked
#masakanrumah #staysafe #stayhome
#MCO #ramadhan #salamramadhan

Baca lagi
Edit resipi
Lihat statistik
Kongsi

Ramuan

4 sajian
  1. 3 Kepingroti (Jumlah roti mengikut saiz loyang anda)
  2. 2 BatangSosej (dibelah 4 dan potong kecil-kecil)
  3. 1/2Biji Bawang Holland (dicincang)
  4. 1/4 BatangCarrot (dipotong kecil)
  5. 2Biji Telur
  6. 1 CawanSusu
  7. Cukup Rasa (ikut cita rasa)
  8. Lada Putih (ikut cita rasa)
  9. 2 KepingCheese
  10. Butter
  11. Mayonnaise (ikut cita rasa)
  12. Sos Tomato / Cili (ikut cita rasa)
  13. 1Biji Cili Padi (optional - jika nak pedas dan dipotong kecil)

Cara Memasak

  1. 1

    Panaskan kuali, masukkan bawang holland, sosej, cili padi, carrot, cukup rasa dan lada putih. Tumis bahan sehingga masak dan angkat.

  2. 2

    Bahan bater, campurkan telur, susu segar, lada putih dan cukup rasa. Kacau bahan hingga sebati.

  3. 3

    Sediakan loyang mengikut saiz pilihan anda. Roti dicarik-carikkan dan susun di atas loyang. Kemudian susun bahan sosej diatas roti, seterusnya letak cheese. Susun lagi lapisan roti, sosej dan cheese sehingga penuh loyang.

  4. 4

    Setelah susun roti, sosej dan cheese.. tuangkan bater susu dan telur diatas susunan roti.

  5. 5

    Hias permukaan roti dengan mayonnaise, sos cili / tomato, cheese dan taburkan hirisan butter. Panaskan roti sepanjang 10-15 minit ke dalam oven / airfryer dengan suhu 170c. Roti Lasagna is doneee! Cheese leleh gituuu..

Edit resipi
Lihat statistik
Kongsi

Komen

Ditulis oleh

Natasha Amanda
Natasha Amanda @cook_22237059
pada

Resipi Sepertinya