Lemang Cawan Air Fryer [versi bakar]

Norida Alias
Norida Alias @NorieAlias
Ampang

#goldenapron2020 [minggu 12]
Teringin sangat makan lemang. Selalu dapatkan di pasar malam. Dek kerana teringin yang tidak dapat ditahan-tahan lagi,maka kita buat je sendiri. Lagi puas hati dan jimat.

Kongsi

Ramuan

  1. 2cwn beras pulut susu
  2. 2cwn santan
  3. 1sudu kecil gula
  4. 1/2sudu kecil garam
  5. 1/2cwn air [jika santan terlalu pekat]
  6. Daunpisang
  7. 5-6 cawankertas

Cara Memasak

  1. 1

    Sediakan bahan-bahan.

  2. 2

    Rendam beras pulut selama 10-15minit.

  3. 3

    Sementara itu, ukur lilit daun pisang pada cawan,potong.

  4. 4

    Lapkan daun yang dipotong tadi dan masukkan dengan kemas kedalam cawan.

  5. 5

    Masukkan garam dan gula kedalam santan (jika santan terlalu pekat tambahkan sedikit air). Rasa cukup lemak dan masinnya mengikut selera masing-masing ye.

  6. 6

    Masukkan 4-5 sudu beras pukut kedalam cawan. Kemudian tuangkan santan separas dengan permukaan beras. Masukkan kedalam pengukus dan kukus selama 10-20minit.. Saya bakar dalam Air Fryer selama 20minit/180 darjah celius. Kemudian bakaran kedua selama 10minit/160 darjah celsius.

  7. 7

    Tadaaaa...siapp

Edit resipi
Lihat statistik
Kongsi
Cook Today
Norida Alias
Norida Alias @NorieAlias
pada
Ampang
25 april
Baca lagi

Komen

Resipi Sepertinya