🍁Lemang Jagung Cup Cake🇲🇾

Selama ini hanya membeli lemang ketika menyambut Hari Raya ataupun sesekali bukan pada bulan Raya.
Biasanya lemang di buat dengan mengisi beras pulut, santan, gula dan garam ke dalam buluh yang beralaskan daun pisang dan di bakar. Pernah juga melihat lemang yang di kukus di dalam tin minyak tanah.
Tidak pernah terfikir untuk masak lemang sendiri. Terasa susah untuk buat lemang ini.
Dengan cabaran buat lemang tanpa buluh, di dapati banyak kaedah untuk buat lemang ini rupanya. Maka, hari ini, buat Lemang Jagung Cup Cake.
Barulah tahu, tak susah mana pun sebenarnya, jika mahu memasak lemang ini.
🍁Lemang Jagung Cup Cake🇲🇾
Selama ini hanya membeli lemang ketika menyambut Hari Raya ataupun sesekali bukan pada bulan Raya.
Biasanya lemang di buat dengan mengisi beras pulut, santan, gula dan garam ke dalam buluh yang beralaskan daun pisang dan di bakar. Pernah juga melihat lemang yang di kukus di dalam tin minyak tanah.
Tidak pernah terfikir untuk masak lemang sendiri. Terasa susah untuk buat lemang ini.
Dengan cabaran buat lemang tanpa buluh, di dapati banyak kaedah untuk buat lemang ini rupanya. Maka, hari ini, buat Lemang Jagung Cup Cake.
Barulah tahu, tak susah mana pun sebenarnya, jika mahu memasak lemang ini.
Cara Memasak
- 1
Setelah rendam semalaman, toskan beras pulut. Bancuh santan bersama gula dan garam. Balut cawan kertas dengan aluminum foil.
- 2
Masukkan daun pisang secara melintang. Isikan beras dan jagung secara berselang seli. Ketuk sedikit cawan kertas agar beras pulut mampat.
- 3
Tuangkan santan hingga cukup cukup menutupi bahagian atas beras pulut. Kukus selama 40 minit. Tutup api.
- 4
Hidangkan bersama rendang atau serunding. Sedap juga jika makan begitu saja.
Cooksnap
Anda telah mencuba resipi ini? Kongsikan gambar hasilnya!
Resipi Sepertinya
-
🍁Lemang Pulut Hitam Cup Cake 🇲🇾 🍁Lemang Pulut Hitam Cup Cake 🇲🇾
Selepas membuat Lemang Jagung Cup Cake dengan jayanya, kali ini mencuba untuk buat Lemang Pulut Hitam pula.Proses pembuatannya hampir sama, cuma menggantikan jagung dengan pulut hitam dan dengan kuabtiti yang berbeza saja.Alhamdulillah, dapat hasil yang memuaskan. Kali ini makan dengan rendang daging.Selamat mencuba. 🤗 Master Jamal -
Lemang Bakar tanpa buluh Qleena Style Lemang Bakar tanpa buluh Qleena Style
Lemang adalah hidangan wajib ketika menyambut aidilfitri.Saya juga penggemar lemang,tapi sejak saya berpindah ke sabah jauh dri keluarga sangat susah untuk saya menikmati lemang setiap kali menjelangnya hariraya.Ini kerana buluh memang susah nak dapat dan suami saya bukan orang yang pandai buat lemang..😉😂Bila rasa teringin sangat nak makan lemang saya akan menyediakan lemang sendiri dengan cara saya.Saya lebih suka lemang yang dibakar kerana lemang memang sinonim dengan cara masaknya dibakar.Biarpun menggunakan cawan kertas dan dibakar didalam oven rasanya sama macam lemang yang dibakar didalam buluh👍😋Jom kita cuba buat lemang sendiri didapur kita.Dengan kaedah dan bahan yang mudah di dapati tanpa menggunakan buluh.Kali ini saya nak kongsikan cara saya menyediakan lemang didapur sendiri hanya menggunakan cawan minuman pakai buang dan aluminium foil. Q'leenalee's Kitchen -
Lemang Paper Cup Lemang Paper Cup
Teringin nak makan lemang tapi takde buluh untuk nak buat lemang??Meh cuba buat cara ni. Kita guna paper cup saja (cawan kertas)Saya pun 1st time mencuba ni. Biasa memang buat dalam buluh.Ehhh... Menjadi juga rupa-rupanya. Boleh la lepas gian nak makan lemang.Takde rendang, kita cicah dengan serunding ja. Pulun la suami ngan anak-anak makan. 1/2 kilo tu, sekali hadap ja... 😁 Norashikin Rahmat -
Lemang Termudah Lemang Termudah
Cara saya masak lemang tak masuk dalam bambu dan bersandar tepi perapian.Tak sesusah yang di bayangkan. Macam hari hari pun boleh makan bila boleh buat lemang sendiri.Tak perlu tunggu raya pula.Jom tengok cara saya masak lemang. Ika Farhanifa -
Lemang Cawan Lemang Cawan
Lemang kebiasaan nya dimasak dgn kaedah dibakar di dalam buluh..Memandang kan 2 thun beraya di dlm suasana PKP yg anak perantau tidak dpt blk ke kampung halaman..Utk mengubat kerinduan nak mkn lemang dipagi Raya..maka hakak pun buat lah lemang dri pada cawan.. Anur Musa -
Lemang Raya Air Fryer Lemang Raya Air Fryer
Seumur hidup tak pernah buat lemang. Bukan peminat lemang sangat pun. Tapi bila PKP ni dan tak boleh balik raya kat kampung tetiba rasa teringin nak makan lemang.Kemudian cari info kat fb katanya boleh masak lemang dalam air fryer. Maka dengan pantas ku oder buluh lemang dan sampai beberapa hari sebelum raya.Jadinya malam raya kita cuba la masak lemang. Alhamdulillah menjadi dan sedap rasanya. Masak pun tak lama. Lepas ni bila teringin je boleh la buat sendiri. Jimat pun jimat.Anak anak pun bertambah tambah makan lemang dengan rendang ayam. Sedap sangat katanya. SELAMAT MENCUBA! 😊#goldenapron2020#minggu5#cookpadmalaysia Nor Zahida Aini -
Lemang Cawan Lemang Cawan
Setiap kali raya mak ayah saya wajib buat lemang..rindunya nak isi pulut dlm buluh bersama2 mak & adik beradik..dah 2-3 tahun tak merasa di sebabkan Covid-19 jadi tak dapat balik beraya di kampung saya di Terengganu.. Biasanya mak buat 4 gantang sebab bukan buat utk di makan sendiri saja..tapi mak ayah akan bahagikan kpd saudara-mara terdekat.. 2 hari sebelum raya ayah & mak akan cari buluh & daun lerek di dlm hutan, lepas tu ayah basuh buluh kat sungai di depan rumah..kemudian gulung daun lerek masukkan ke dalam buluh..sementara saya, mak adik beradik & kakak ipar mengisi pulut ke dlm buluh. Yang saya tak sabarnya nak makan bahagian kepala lemang..memang hantu sangat..sambar dulu sekali 😆 mak yang dah tahu febret saya bahagian kepala tu, dia mesti letak lebih banyak santan atas pulut.. nikmatnya lahai makan lembik2 masa panas2 tu 😋😋 Kat bandar ni mana nak dapat buluh kan..susah nak cari..jadi idea yg lebih kreatif adalah menggunakan cawan. Sebenarnya lemang cawan ni dah viral beberapa tahun lepas tapi bila Cookpad bagi tema lemang tanpa puluh baru la nak mencuba.. Saya kukus dulu, kemudian saya bakar sekejap di dlm oven sebab nak bagi garing sedikit bahagian luarnya.. Alhamdulillah..suami cakap menjadi.. sedap, cukup2 rasa, lemak masinnya.. Suami kata lepas ni dah boleh buat sendiri terus laa..hihii..hepy sangat rasa.. tapi bagi saya lemang mak ayah tetap yg terbaik & tersedap di dunia 👍👍 Nor Al Fatihah -
Lemang Cawan Kertas Lemang Cawan Kertas
Nak makan lemang tapi tak ada buluh lemang. So kita buat lemang guna caaan kertas je. Lemang sedap jugak dimakan bersama serunding daging, rendang ataupun kari daging. Ada jugak yang yang cicah lemang dengan gula atau susu. Rose Nani Nizah Nayan -
Lemang Cawan Lemang Cawan
Teringat balik hari tu cabaran lemang seronok betul tengok ramai cookpaders yang melemang. Termasuk la Aznie😂 Gigih siap order buluh lemang dari shopee, tapi best sgt sbb puashati dapat buat lemang sendiri. Untuk kali ni Aznie cooksnap resepi dari @NorieAlias . Gilerrrrr sedap uiii. Aznie buat lebih bagi kat mak Aznie sekali, makan dengan rendang ayam. Aje suka betul mak ngan adik dah macam raya pulak😂#Wajibcooksnap #Misi2 #CookRace Aznie Khasri -
Lemang Cawan JAA Lemang Cawan JAA
Masak Lemang Apa Tanpa Buluhkena sangat dengan tema ni kan, sekarang zaman PKP nak balik kampung pun tak boleh.. Biasa di kampung masak lemangnya selalu meriah.. jadinya kenalah fikir cara apa senang nak buat lemang bila duduk di bandar ni.. kalau setakat nak beli lemang buluh yang dah siap bakar tak ada hal.. tapi buluhnya kecil tak puas makan, harga boleh tahan😅..Ahhh joomm..Raya lagi.. Jadilah lemang cawan style JAA, tu pun berebut panas-panas😁 seronok tengok family beraya😅Alhamdulillah semua cakap sedap😋 nak-nak kepala lemang tu.. merecik makan tengah panas..Resipi dah update silakan.. Julia ALeen Aireish -
Lemang Paper Cup / Cawan Tanpa Buluh Lemang Paper Cup / Cawan Tanpa Buluh
First time seumur hidup masak lemang. Alhamdulillah menjadi dan sedap guna panduan resipi Cookpader Norida Alias. Thank you laling. 💜Mudah & murah sangat guna cawan paper cup ni! Boleh buat lagi sebab Qysha memang hantu lemang, pulut, kelupis & seangkatan dengan nya. Makan kosong gitu je 😂. Jom Cooksnap! MinSha -
Lemang Versi Modern Tanpa Buluh Lemang Versi Modern Tanpa Buluh
Tema minggu ini adalah masak Lemang tanpa Buluh n trasa ingin buat jugak sebab tak pernah makan lemang versi style modern di dalam cawan kertas ni n ni 1st time untuk mencuba memasak lemang😁hokek arini hakak share resepi masak Lemang Modern ni yer😉 Jemilah Tukimin
Lebih Banyak Resipi
Komen (7)