Donut Mochi

Ummu Razin
Ummu Razin @cook_21006251
Kuala Lumpur

Resepi yang mudah dan ringkas. Nak feeling ke korea, boleh try resepi donut mochi ni. Dan ianya, gluten free.

#bazaarramadan
#goldenapron2020

Edit resipi
Lihat statistik
Kongsi
Kongsi

Ramuan

30minit
25 biji
  1. 1 1/4cwn Tepung Pulut
  2. 2SB Gula
  3. 1/4sk Garam
  4. 1sk Serbuk Penaik (baking powder)
  5. 1SB Butter/Majerin
  6. 1/2cwn Air Suam Panas (tak perlu penuh)
  7. Gula (blend)

Cara Memasak

30minit
  1. 1

    Campurkan semua bahan kering, dan sekatakan.

  2. 2

    Selepas dah rata, letak pula butter dan guna jari sahaja sekatakan dengan bahan kering.

  3. 3

    Dah rata butter, letak air suam sikit-sikit dan sebatikan sehingga menjadi doh. Tidak terlalu melekat di jari. Jika melekat sangat di jari, boleh tambah sedikit tepung pulut.

  4. 4

    Sementara tunggu minyak panas, boleh lah blend gula sehingga halus untuk disalutkan pada mochi donut di akhir nanti.

  5. 5

    Minyak dah panas, boleh gentel dan bulatkan seperti buat cekodok pisang. Dan letak satu-satu ke dalam minyak panas.

  6. 6

    Goreng sehingga donut menjadi keperangan keseluruhan. Dan boleh letak ke dalam bekas gula yang telah di blend halus tadi untuk di salut.

  7. 7

    Dah siap sekata semua gula. Boleh lah dihidang dan makan.

Edit resipi
Lihat statistik
Kongsi
Cook Today
Ummu Razin
Ummu Razin @cook_21006251
pada
Kuala Lumpur
Minat baking dan photography.
Baca lagi

Komen

Norfidah Jamaludin
Norfidah Jamaludin @busanaaura
Boleh simpan dalam peti sejuk ke, jika buat malam. Esok baru goreng

Resipi Sepertinya