Salted Egg Cornflakes

28 orang bercadang membuatnya
Julie Mangsor
Julie Mangsor @cook_22707854
Sepang, Selangor

Kudapan mudah dan sedap. Bahan-bahan pun senang jer. Lepas terawih sambil-sambil tengok tv sambil makan. Sedar-sedar dah habis. Huhu...
#goldenapron2020 #juliescookingwithluv

Baca lagi
Edit resipi
Lihat statistik
Kongsi

Ramuan

  1. 275 gramNestle cornflakes (kotak kecil)
  2. 4-5sudu butter
  3. 4sb serbuk telur masin @ 5-6 biji telur masin kuning sahaja
  4. 1sb gula
  5. Segenggam daun kari
  6. 2-3tangkai cili merah dimayang halus

Cara Memasak

  1. 1

    Panaskan butter sehingga cair dengan api kecil.

  2. 2

    Bila butter dah cair, tumiskan daun kari dan cili merah.

  3. 3

    Kemudian tambahkan pula serbuk telur asin dan gula. Serbuk telur asin tu boleh beli kat shopee. Kalau tak der serbuk telur asin, boleh gunakan kuning telur asin. Telur asin perlu direbus dan dilenyek terlebih dahulu.

  4. 4

    Gaul sehingga semuanya sebati.

  5. 5

    Bila dah timbul buih-buih tu, bolehlah masukkan cornflakes dan gaul sekata.

  6. 6

    Panaskan oven 180 darjah dan bakar lebih kurang 5 minit. Proses ini supaya cornflakes dan daun kari akan kekal rangup.

  7. 7

    Dah siap! Bolehlah nikmati bersama keluarga! :) Selamat mencuba.

Edit resipi
Lihat statistik
Kongsi

Cooksnap

Anda telah mencuba resipi ini? Kongsikan gambar hasilnya!

Kartun lukisan tangan berwarna kelabu memaparkan kamera dan kuali memasak berserta bintang-bintang di dalamnya

Komen

Ditulis oleh

Julie Mangsor
Julie Mangsor @cook_22707854
pada
Sepang, Selangor
Masak yang senang-senang jer #juliescookingwithluv
Baca lagi

Resipi Sepertinya