Sira Labu

NZ RECIPES @cook_22931453
Feveret dessert orang kelantan. #cookpadworlddessert #goldenapron2020
Cara Memasak
- 1
Potong labu secara memanjang. Rendam labu didalam air kapur selama 15 minit. Tujuannya untuk mengelakkan labu hancur. Masukkan labu kedalam periuk dan atur.
- 2
Masukkan daun pandan dan air. Setelah labu agak lembik,masukkan gula putih dan gula perang. Masak sehingga labu menjadi lembut dan keperangan.
- 3
Sedia dihidang setelah sejuk.
Cooksnap
Anda telah mencuba resipi ini? Kongsikan gambar hasilnya!
Ditulis oleh
Resipi Sepertinya
-
🌰Sira Labu 🌰Sira Labu
#cooksnapSelalu sira ni tempat kenduri khawin orang buat untuk dessert...Sedappp...bau dia dan rasa😋🥰sengaja tak nak buang biji dia & dalam dia tu manis2 jer..#goldenapron2020cooksnap akak @nuharahmat mamy_kitchen89 -
Labu Sira kelantan Labu Sira kelantan
Sira labu dihidang sebagai pemanis mulut dalam hidangan kenduri di Kelantan. Selain labu juga dipelbagaikan dengan keledek. Cukup menyelerakan apa lagi bersama gulai kawah dan acar timun serta sambal belacan.Berbuka ala kelantan Ani Delighted -
Labu & Keledek Sira Labu & Keledek Sira
💐545💐Masak makanan kampung ajer...sebab Maa & Abah ada kat rumah nii Maa dah 2bulan duk sini,Abah sebulan duk sini...jadi mamy masak makanan tak obersea sangat laaa😂😂😂bz yak amat plak tuu...si kecik dah nak merangkaknak dokong adehh...kan dia orang tak makan...nanya..tapi mamy cuba selit jugak laananti si bujang dgn si kakak tolong makan untuk mamy😆 aci laa kan.. mamy_kitchen89 -
Labu Sira Labu Sira
#tribute2minshaPerkongsian kali ini adalah resepi dessert manis, semanis senyuman si adik manis ini. 😘😁Labu antara manisan sedap di buat begini, lebih-lebih lagi jika dijadikan hidangan sampingan waktu berbuka puasa. Ianya boleh jugak ditukar kepada keledek atau ubi kayu.Ikut kepada selera dan kehendak masing-masing ye👌Untuk perkongsian ini, saya memilih labu.Terasa pulih keletihan setelah seharian menahan dahaga bila disajikan dengan manisan sebegini.Marilah, boleh cuba membuatnya.Ianya mudah sahaja. Murni's LittleKitchenz -
Sira Labu Orang Kawen Sira Labu Orang Kawen
#bazaarramadan #week5 #goldenapron2020 #week4 Ni kisah suami yang wajib mesti ada pemanis mulut atas meja nak2 lagi sekarang bulan puasa kan. Lagi la dia punye mengidam tu lain macam. Kali ni dia mntak kakak buatkan dia sira labu kegemaran dia. Ok dah banyak kali buat sira labu tapi fail but not this time. Kakak xpernah putus asa untuk cuba sehingga kakak jumpa rentak si labu ni. Nahh! Puas hati sungguh tengok encik suami makan sira labu ni oii. Dari iftar dh makan sira labu. Masa sahur pun makan lg sira labu ni adoii tahap suka dia tu lain macam sungguh. U all pun bolehla cuba buat ye. Lupa nk cerita kita org kawen. Sira labu ni kalau kat kelantan hanya dpt jumpa and makan kt tempat kenduri kawin je. Lain2 susah sangat nak jumpa. Kalau g kenduri kawin kalau dpt makan ni fuuhhh nikmat tu x terkata la jawab dia. Nuharahmat -
Sira Labu Sira Labu
Resepi kedua untuk cabaran "Masak Apa Warna Oren?".Menggunakan Labu kuning,Sira Labu ini biasanya dihidangkan sebagai pencuci mulut di majlis kenduri kahwin di negeri Kelantan.Walaupun dipanggil Labu Kuning warnanya lebih kepada warna Jingga @ oren.K.ha lebih suka makan Labu Sira yang disimpan di dalam peti sejuk selama beberapa jam.Rasanya lebih sedap dan isinya lebih kental. ha.lim39 -
Sira Labu Kuning Sira Labu Kuning
#globalapron2024#challenge32#PumpkinpartyAlhamdulillah ,Ini adalah resepiku *KE 1000* dalam Cookpad. Banyak kebaikan yang ku perolehi dengan adanya cookpad. Tidak perlu lagi menyediakan buku masakan. Mencari- cari fail masakan. Semuanya di hujung jari. Buka App Cookpad saja. Senangkan.Ku abadikan resepi ibu mertua ku, masih segar dalam ingatan, step by step beliau mengajarku . Istemewanya, sira labu kuning merupakan menu wajib bagi keluarga kami bila ada kenduri, di hidang bersama nasi dan lauk pauk yang lain , juga boleh dihidang sebagai pencuci mulut . Gabungan 2 bahan utama sahaja, labu kuning dan manisan@ gula.Alfatihah untuk ibu mertuaku Hjh Siti EsahMagic pantryLabu kuningGula perang Ani Delighted -
Serawa Labu dan Jagung Serawa Labu dan Jagung
#1post1hopeSerawa atau pengat labu menjadi kegemaran orang dulu-dulu terutama masyarakat di kelantan. Teringat masakan arwah ibu, maka terus siapkan bahan untuk masak. Sangat mudah. Liana Nick -
Sira Ubi Keledek Sira Ubi Keledek
#25/655/2025#RamadanTiba#Challenge2: Ada ubi keledek c abe beli 4 hari lepas,dah hampir kecut pun.Dari membazir masak je menu simple pemanis mulut untuk berbuka puasa.Alhamdulillah.Sira Ubi Keledek ni kalau kat Kelantan kita panggil Sira Ubi Stelo.Manis dan kenyal,in sya Allah sedap. ha.lim39
Lebih Banyak Resipi Pilihan
https://cookpad.wasmer.app/my/recipes/12599514
Komen