Ramuan

  1. Fillet Ikan Siakap
  2. Tepung serbaguna
  3. Taucu
  4. Bawang besar hiris (hiasan)
  5. Cili merah hiris (hiasan)
  6. Bawang putih (dicincang)
  7. Halia (hiris nipis)
  8. Cili padi (diketuk)

Cara Memasak

  1. 1

    Persediaan bahan-bahan.

  2. 2

    Fillet Ikan Siakap disalut dengan tepung serbaguna dan digoreng hingga garing atau hingga ikan masak.

  3. 3

    Tumis bawang putih, halia dan cili padi hingga naik bau. Masukkan taucu dan air. Jika suka berkuah, bole lebihkan air. Kacau hingga sebati.

  4. 4

    Perasakan dengan sedikit gula. Tidak perlu garam kerana taucu telah sedia masin. Masukkan bawang besar hiris dan cili merah hiris. Biarkan sehingga kuah mendidih. Bole tambah air tepung jagung jika inginkan kuah yang pekat.

  5. 5

    Setelah kuah mula mendidih, masukkan fillet ikan yang telah digoreng tadi dan gaul rata. Siap untuk dihidang.

Edit resipi
Lihat statistik
Kongsi

Komen

Ditulis oleh

Misra Bakri
Misra Bakri @mykitchen_misrabakri
pada

Resipi Sepertinya