Sambal Belacan Cili Mentah

Gyna Elenna
Gyna Elenna @Gynainspring83
Subang Jaya

#goldenapron2020
#mingguke13

Keluarga saya, kalau makan tanpa ada Sambal Belacan seperti tidak sempurna. Tak kisahlah Sambal belacan jenis apa pun, mesti kena ada.
Rasanya ada lebih daripada satu resipi Sambal Belacan yang saya kongsikan dalam cookpad. Tapi kali ini saya kongsikan Sambal Belacan Cili Mentah. Cili itu tidak perlu di goreng atau direbus. Tumbukkan sahaja mentah-mentah. Tetapi kepada sesiapa yang mempunyai perut sensitif, saya tidak syorkan sambal ini. Kalau tidak biasa, alamatnya berulang alik la korang ke “bank”.
Resipi dan sukatan ini tidak pedas kerana ada tomato dan bawang bakar. Kalau korang nak pedas extreme, gunakan sahaja cili padi kampung. Huiiii sedapnya cili padi kampung.
Selamat mencuba

Edit resipi
Lihat statistik
Kongsi
Kongsi

Ramuan

15 minit
6 orang
  1. 2biji bawang merah kecil
  2. 1sudu besar belacan bakar
  3. 1/2 cawancili padi
  4. 1 1/2sudu besar gula
  5. 1/3sudu kecil garam
  6. 1/3biji tomato
  7. 4biji limau kasturi

Cara Memasak

15 minit
  1. 1

    Bakar bawang dahulu. Kemudian Masukkan kedalam lesung batu bersama cili padi. Tumbuk lumat.

  2. 2

    Bila cili dan bawang sudah lunar, masukkan garam, gula dan belacan. Sebatikan.

  3. 3

    Masukkan tomato yang dihiris. Tumbuk lagi sehingga tomato lumat. Akhir sekali, perahkan limau kasturi. Sebatikan. Siap!!

Edit resipi
Lihat statistik
Kongsi
Cook Today
Gyna Elenna
Gyna Elenna @Gynainspring83
pada
Subang Jaya
🇲🇾
Baca lagi

Komen

Resipi Sepertinya