Epok-epok Sayur

Zahrah Buang
Zahrah Buang @ZahrahB07
Singapore

#goldenapron2020
#cookpad.com
#cooksnap
Epok-epok ini salah satu makanan favourite famili.... sungguh enak jika dicecah dengan sambalnya yg pedas manis tu...... lazat sekali....

Epok-epok Sayur

#goldenapron2020
#cookpad.com
#cooksnap
Epok-epok ini salah satu makanan favourite famili.... sungguh enak jika dicecah dengan sambalnya yg pedas manis tu...... lazat sekali....

Edit resipi
Lihat statistik
Kongsi
Kongsi

Ramuan

1 jam 30 minit
4 orang
  1. Bahan A (Sos Cili)
  2. 6cili merah+5 cili padi*
  3. 3bawang putih *
  4. 1/2cawan air
  5. 1/2sdt garam
  6. 3sdb gula pasir
  7. 2sdb sos cili
  8. 3sdb sos tomato
  9. 3air perahan limau kasturi
  10. Bahan B(intinya)
  11. Tauge, Lobak merah, Daun sup
  12. 3cili merah+ 1 cili padi*
  13. 1/2bawang merah *
  14. 1bawang putih*
  15. 1sdt udang kering*
  16. (*) dikisar
  17. 1/2sdt garam
  18. Minyak masak
  19. Bahan C(Kulitnya)
  20. 4cawan tepung gandum
  21. 1/2sdt garam
  22. 1cawan air batu
  23. 1/4cawan minyak masak
  24. 1sdb margerin dicairkan(optional)

Cara Memasak

1 jam 30 minit
  1. 1

    Siapkan bahan A. Kisar yg bertanda (*) + 1/2 cawan air. Ambil bekas (kuali/periuk), letakkan sesudu minyak. Setelah minyak panas tuangkan semua bahan yg lain ke dalam bekas itu. Apabila mendidih kacau-kacau dan matikan api-ketepikan.

  2. 2

    Siapkan bahan B. Panaskan minyak di kuali. Masukkan semua bahan kisar. Tumis sebentar. Lepas itu masukkan tauge, lobak merah dan daun sup, gaulkan sebati. Matikan api -ketepikan.

  3. 3

    Siapkan Bahan C(kulit epok-epok). Mula-mula tuangkan tepung dan bahan-bahan lain satu persatu. Setelah diuli selama 10-15 minit. Bulatkan doh itu menjadi beberapa bebola.

  4. 4

    Giling leper dan isikan intinya lalu dikelim tepinya. Buat sampai habis.

  5. 5

    Goreng sehingga garing. Daaah siap dan boleh dihidangkan.

Edit resipi
Lihat statistik
Kongsi

Cooksnap

Anda telah mencuba resipi ini? Kongsikan gambar hasilnya!

Kartun lukisan tangan berwarna kelabu memaparkan kamera dan kuali memasak berserta bintang-bintang di dalamnya
Cook Today
Zahrah Buang
Zahrah Buang @ZahrahB07
pada
Singapore
Seorang guru pesara yang masih mengajar hingga kini. Memasak memang hobi saya sejak dulu lagi. Kalau stress saya pun cari resipi di YouTube, Pinterest atau di mana-mana sumber tetapi kini saya sudah ada sumber terbaharu iaitu cookpad.com .Alhamdulillah!
Baca lagi

Komen (2)

Naz Wahab
Naz Wahab @Nazwahab72
Nak lagi sedap gantikan LOBAK dengan Sengkuan dan hiris kecil

Resipi Sepertinya