Onde-onde Buah Melaka versi Malaysiaku🇲🇾

Mizzanem
Mizzanem @Mizzanem
Land Of Happiness

Salam Muharram. Sempena menyambut bulan kemerdekaan, tema #merdeka2020 kali ini saya cuba adaptasi kuih tradisional kegemaran ramai iaitu Onde-onde / Buah Melaka dengan menggunakan warna-warna Malaysia. Selamat mencuba gaiss... #goldenapron2020

Baca lagi
Edit resipi
Lihat statistik
Kongsi

Ramuan

  1. 2 cawantepung pulut
  2. 2sudu besar tepung gandum
  3. Sekeping gula melaka / nise (dipotong kecil)
  4. Air suam
  5. Pewarna biru / merah / kuning
  6. Daunpandan (optional) untuk rebusan air
  7. Sebiji kelapa
  8. Sedikitgaram

Cara Memasak

  1. 1

    Sekeping gula melaka dihancurkan kecil-kecil

  2. 2

    Campurkan dua sudu besar tepung gandum dengan dua cawan tepung pulut. Masukkan air suam sedikit demi sedikit dan uli sebati sehingga tidak melekat dengan tangan.

  3. 3

    Asingkan tiga bahagian dan masukkan pewarna. Uli sebati supaya warna sekata.

  4. 4

    Sementara itu, gaulkan kelapa dengan sedikit garam.

  5. 5

    Sebelum menguli onde-onde, panaskan air dalam periuk sehingga mendidih dengan api sederhana. Ambil sedikit doh, bulat-bulatkan dan leperkan sedikit. Masukkan gula melaka yang dipotong kecil tadi. Tutupkan gula melaka dengan bentuk bulat.

  6. 6

    Masukkan onde-onde yang telah diuli ke dalam air mendidih. Tunggu sehingga onde-onde timbul. Angkat dan toskan air.

  7. 7

    Masukkan onde-onde yang ditoskan ke dalam bekas kelapa yang telah digaul garam. Golekkan supaya onde-onde melekat dengan kelapa. Pindahkan ke dalam pinggan. Sejukkan sebentar.

  8. 8

    Sedia untuk dihidang. Selamat mencuba.

Edit resipi
Lihat statistik
Kongsi

Komen (14)

Julia ALeen Aireish
Julia ALeen Aireish @JuliaAA_merecik
kemeriahan merdeka makin terasa.. onde-ondeo comey sokmo warna warni merdeka.. cantik, teringat bulan puasa..

Ditulis oleh

Mizzanem
Mizzanem @Mizzanem
pada
Land Of Happiness
😎Anak Jawa - Banjar👩🏻‍🍳My kitchen is my lab🍜Loves to try any new recipe
Baca lagi

Resipi Sepertinya

Lebih Banyak Resipi Pilihan