Daging Dendeng Acik Normah

Syuhada
Syuhada @mamahadda25

Resepi ini merupakan resepi mudah ibu saya Acik Normah😁😁. Dahulu ibu seorang penjual nasi lemak.. Nasi lemak bersama daging dendeng ini sangat laku waktu itu. Makan dengan nasi putih ataupun pulut kuning pun sedap tau. Bahan-bahan yang digunakan sangat mudah tak perlu penggunaan rempah pelbagai.
#goldenapron2020

Daging Dendeng Acik Normah

Resepi ini merupakan resepi mudah ibu saya Acik Normah😁😁. Dahulu ibu seorang penjual nasi lemak.. Nasi lemak bersama daging dendeng ini sangat laku waktu itu. Makan dengan nasi putih ataupun pulut kuning pun sedap tau. Bahan-bahan yang digunakan sangat mudah tak perlu penggunaan rempah pelbagai.
#goldenapron2020

Edit resipi
Lihat statistik
Kongsi
Kongsi

Ramuan

1 jam
5 orang
  1. 1 1/2kilo setengah daging lembu
  2. 3biji bawang besar
  3. 3biji bawang putih
  4. 3inci halia
  5. 5 sudu makancili kisar
  6. 20 sudu makanKicap Lemak Manis
  7. 2 sudu makansos cili
  8. 200 gramminyak masak

Cara Memasak

1 jam
  1. 1

    Potong saiz besar daging dan rebuskan daging dahulu sehingga empuk. Setelah itu toskn dahulu. Simpankn 3 cawan air rebusan daging untuk digunakan nanti.

  2. 2

    Setelah daging sejuk hirisan daging dan tumbuk daging menjadi leper. Setelah itu campurkan 10 sudu makan kicap dan gaulkan rata. Perap kan dalam lima minit.

  3. 3

    Panaskan kuali dan letak minyak. Gorengkan daging yang dah di perap tadi sehingga sedikit garing. Jangan terlalu garing nanti keras pula daging. Angkat dan ketepikan dahulu daging tadi.

  4. 4

    Kisar halus bawang merah, bawang putih dan halia.

  5. 5

    Untuk menumis, boleh gunakan kuali menggoreng daging tadi. Buangkan sedikit minyak tunggakan separuh. Tumiskan bahan-bahan kisar sehingga kekuningan dan garing. Ini untuk menghilangkan bau kuat bawang merah yang digunakan untuk memekatkan kuah.

  6. 6

    Setelah itu bolehlah masukkan cili kisar dan masak sehingga pecah minyak. Kemudian boleh tambahkan 3 cawan air rebusan daging tadi.

  7. 7

    Gaulkan sebati daging dan didihkan sehingga kuah menjadi pekat. Tambahkan 10 sudu Kicap lemak manis dan sos cili.

  8. 8

    Selalunya saya tak letak garam dah sebab rasa lemak manis Kicap dah cukup. Tapi anda boleh rasa terpulang samada nak masukkan sedikit garam atau tidak. Kuah dah pekat, bolehlah tutup api dan hidangkan.

Edit resipi
Lihat statistik
Kongsi
Cook Today
Syuhada
Syuhada @mamahadda25
pada

Komen

Cempaka Putih
Cempaka Putih @ticer_cem
Resipi turun temurun ni. Nanti bleh ajar anak2 pulak.

Resipi Sepertinya