Daging Dendeng

Laili Adam
Laili Adam @lailiadam5626

Sebenarnya ini pertama kali saya cuba resepi ini, dan ternyata resepi orang lama memang sedap, teringat zaman nenek moyang dahulu kala
#goldenapron2020

Daging Dendeng

Sebenarnya ini pertama kali saya cuba resepi ini, dan ternyata resepi orang lama memang sedap, teringat zaman nenek moyang dahulu kala
#goldenapron2020

Edit resipi
Lihat statistik
Kongsi
Kongsi

Ramuan

1 jam 30 minit
10 orang
  1. 2kilo daging
  2. 15 batangserai
  3. 25biji cili kering
  4. 5biji bawang besar
  5. 2labu bawang putih
  6. 3inci halia
  7. 1cwn air asam jawa
  8. 2senduk kicap lemak manis
  9. Garam secukupnya
  10. Gula secukupnya
  11. 1peket kecik bawang goreng
  12. 2 cawanminyak

Cara Memasak

1 jam 30 minit
  1. 1

    Daging dipotong dan direbus hingga empuk, sejukkan dan gaul dgn garam dan kunyit, goreng daging hingga garing kemudian angkat.

  2. 2

    Ketuk 5 batang serai dan goreng hingga sedikit garing kemudian angkat.

  3. 3

    Bawang besar, bawang putih, serai dan halia di kisar bersama 2 cawan minyak kemudian terus tuang bahan kisar ke dalam kuali, masak hingga sedikit garing, kemudian, masukkan cili kisar dan serai yang digoreng tadi.

  4. 4

    Bila dah pecah minyak, masukkan air asam jawa, kicap, gula dan garam, masak lagi hingga pecah minyak

  5. 5

    Selepas itu, masukkan daging serta bawang goreng, gaul sebati dan masak lagi hingga kuah sedikit kering

  6. 6

    Siap, sedia untuk dinikmati

Edit resipi
Lihat statistik
Kongsi

Cooksnap

Anda telah mencuba resipi ini? Kongsikan gambar hasilnya!

Kartun lukisan tangan berwarna kelabu memaparkan kamera dan kuali memasak berserta bintang-bintang di dalamnya
Cook Today
Laili Adam
Laili Adam @lailiadam5626
pada

Komen

Gyna Elenna
Gyna Elenna @Gynainspring83
Dah lama Saya teringin nak masak daging dendeng. 2 hari lepas saya dah rebus daging dan siap potong. Tiba2 suami ajak bercuti. Saya simpan dalam peti sejuk beku. Hari ni saya buka cookpad, tau2 nampak daging dendeng. Terliur!!

Resipi Sepertinya