Bubur Butir Nangka Warna Warni

Rose
Rose @cook_26665875
Malaysia

Sedap untuk minum petang nanti. Nama je butir nangka sebab bentuknya.. tak perlu pergi cari nangka.
#goldenapron2020

Edit resipi
Lihat statistik
Kongsi
Kongsi

Ramuan

20 minit
6 orang
  1. Bahan Butir Nangka:
  2. 4 cawanberas pulut
  3. Pewarna makanan mengikut citarasa
  4. 1sudu kecil air kapur
  5. Garam secukup rasa
  6. Air mengikut keperluan
  7. Bahan Kuah:
  8. 1 kotakkecil santan segera
  9. 1sudu kecil rempah biji halba
  10. Sehelai daun pandan
  11. Gula dqn garam secukup rasa

Cara Memasak

20 minit
  1. 1

    Bancuh air kapur bersama 2 cawan air panas dan garam. Kacau hingga larut. Tuang sedikit demi sedikit ke dalam tepung pulut dalam mangkuk besar. Uli adunan hingga lembut. Tambah air sekiranya perlu.

  2. 2

    Bahagikan doh mengikut bilangan warna. Campurkan pewarna dalam setiap adunan hingga warna sekata. Cubit sedikit dan bentukkan menjadi bujur seperti biji nangka. Ulang proses hingga doh habis.

  3. 3

    Rebus butir nangka yang da dibentuk hingga timbul ke permukaan. Kaut butir nangka yang timbul dengan tapis dan masukkan kedalam mangkuk yang berisi air sejuk biasa.

  4. 4

    Panaskan santan dengan api kecil untuk mula membuat kuah bubur. Masukkan biji halba dan daun pandan yg telah diikat dan dicarik.

  5. 5

    Masukkan butir biji nangka yang telah direbus. Tambahkan gula dan garam mengikut citarasa. Kacau dan biarkan mendidih. Dah siap. Boleh la dihidangkan dalam mangkuk kegemaran 😊

Edit resipi
Lihat statistik
Kongsi
Cook Today
Rose
Rose @cook_26665875
pada
Malaysia
Pilih menu yang sesuai untuk keluarga
Baca lagi

Komen

Resipi Sepertinya