Edit resipi
Lihat statistik
Kongsi

Ramuan

1 jam 30 min
4 orang
  1. Kulit Lasagna
  2. Instant lasagna (saya beli brand San Remo)
  3. 1sudu margarine
  4. 1sudu kecil garam
  5. Air secukupnya
  6. Bahan-bahan untuk bolognese sauce
  7. 400 gmdaging kisar
  8. 3biji bawang merah dipotong dadu
  9. 2 ulasbawang putih dipotong dadu
  10. 1 tincendawan butang dipotong dadu
  11. 1biji tomato dipotong dadu
  12. 1 tinsos spaghetti kimball
  13. Bahan-bahan untuk sos putih
  14. 3sudu besar butter
  15. 3sudu besar tepung gandum
  16. 500 mlfull cream milk
  17. 6 kepingsliced cheese

Cara Memasak

1 jam 30 min
  1. 1

    Cairkan margarine di dalam periuk. Masukkan air secukupnya, masak hingga menggelegak. Kemudian masukkan garam, kacau seketika, masukkan kulit lasagna dan rebus sehingga lembut. Saya rebus dalam 15 minit. Asingkan setiap kepingan kulit lasagna selepas direbus, jangan letak bertindih, untuk mengelakkan dari melekat antara 1 sama lain.

  2. 2

    Daging cincang pula saya rebus dengan halia berukuran lebih kurang 2 inci untuk hilangkan bau hanyir serta buang darah dan lemak pada daging tersebut. Selepas itu, tapis daging tadi.

  3. 3

    Untuk sos bolognese, tumis bawang merah dan bawang putih. Seterusnya, masukkan daging cincang. Kacau seketika dan masukkan sos spaghetti kimball. Kacau sebati. Selepas itu boleh masukkan tomato dan cendawan yang telah dipotong dadu. Masak sehingga sos menjadi sedikit kering / pekat. Siap!

  4. 4

    Untuk sos putih pula, cairkan butter di dalam kuali. Kemudian masukkan tepung gandum, susu, dan cheese. Kacau sehingga sebati. Bolehlah tutup api once sos tu dah menggelegak.

  5. 5

    Sapukan butter pada permukaan pan, kemudian letakkan kulit lasagna. Masukkan sos bolognese, diikuti sos putih. Kemudian lapiskan dengan kulit lasagna yang kedua, diikuti sos bolognese dan sos putih sekali lagi. Ulang langkah sehingga pan penuh. Boleh taburkan grated cheese di lapisan atas sekali. Saya tabur grated cheese pd setiap lapisan sebelum kulit lasagna.

  6. 6

    Panaskan oven pada suhu 180°c selama 10 minit. Kemudian bolehlah dibakar lasagna tadi selama 40 minit.

  7. 7

    Siap!

Reaksi

Edit resipi
Lihat statistik
Kongsi

Komen

Ditulis oleh

Aina Nana
Aina Nana @nadin0512
pada

Resipi Sepertinya