Ketam Majerin Telur Masin || Salted Egg Crab

Dapur Chef Husnil
Dapur Chef Husnil @chefhusnil83
Selangor

Assalamualaikum.. dah lama tak menulis resipi di Cookpad. Hari ini saya nak share resipi ketam telur masin atau ketam majerin telur masin. Biasa orang pakai butter, tapi saya pakai majerin.. sebab tu saya tukar nama menu jadi ketam majerin telur masin..tetap menjadi dan sedap!

Saya menggunakan telur masin fresh berbanding serbuk telur masin instant yang sedia ada di pasaran. Ada sedikit perbezaan yang ketara kalau kita menggunakan kedua-dua bahan ini sebab serbuk telur masin instant warnakan lebih cair dan tak menarik. Saya lebih berminat menggunakan kuning telur masin fresh sebab warna lebih oren dan cantik. Terpulang pada diri masing2 mana lebih senang.

Selamat mencuba! Jangan lupa cooksnap ya.

Edit resipi
Lihat statistik
Kongsi
Kongsi

Ramuan

40 minit
3 orang
  1. 5-6tangkai cili padi merah
  2. Daunkari secukupnya
  3. 6-7biji kuning telur masin
  4. Susu sejat
  5. 1sudu besar gula
  6. 1sudu besar chicken stok
  7. 3sudu besar minyak masak
  8. 2 cawantepung ubi
  9. 1sudu besar majerin
  10. 1biji telur
  11. 5ekor ketam fresh
  12. Minyak untuk menggoreng secukupnya

Cara Memasak

40 minit
  1. 1

    Persediaan awal bahan-bahan.

  2. 2

    Pertama sekali, rebus terlebih dahulu telur masin.. sekitar 15 minit.

  3. 3

    Lepas rebus telur masin, sementara tu potong cili padi merah tu halus-halus dan ketepikan bersama daun kari dan bahan-bahan yang lain.

  4. 4

    Kemudian, sediakan bekas yang sudah di isi tepung ubi, masukkan ketam dan pecahkan sebiji telur. Gaul hingga tepung melekat pada ketam.

  5. 5

    Panaskan minyak hingga betul-betul panas. Tips nak tahu minyak tu dah panas ke belum, tengok ada asap tak. Kalau ada asap yg keluar di keliling kuali, panas lah tu. Masukkan ketam, goreng sampai garing dan toskan.

  6. 6

    Dah selesai goreng ketam, toskan pula telur itik yang direbus tadi. Lepastu kopek dan ambil kuningnya sahaja.. putih tu kalau nk pakai, buat la kerabu ke, makan dgn bubur ke.

  7. 7

    Dah selesai asingkan kuning telur tu, hancurkan dengan menggunakan sudu.

  8. 8

    Sedia untuk panaskan pan kemudian masukkan majerin ke dalam pan.

  9. 9

    Kemudian, masukkan kuning telur masin, cili dan daun kari

  10. 10

    Masukkan bahan perasa gula, chicken stok dan juga 3 sudu minyak masak. Tujuan masukkan minyak ialah untuk cantikkan lagi sos supaya nampak lebih berkilat.. Gaul sekata.

  11. 11

    Apabila perasa sudah disebatikan, masukkan pula ketam dan susu sejat. Masukkan ketam awal2 supaya dapat agak untuk sukatan susu sejat sebab kita taknak terlalu cair sangat. Just nice. Pakai kuali lagi senang dari pan.

  12. 12

    Gaul sekata sampai kuning telur tak berketul-ketul.

  13. 13

    Sedia untuk dihidang.

Edit resipi
Lihat statistik
Kongsi
Cook Today
Dapur Chef Husnil
Dapur Chef Husnil @chefhusnil83
pada
Selangor
Carier : Chef 👨🏼‍🍳YouTube : Dapur Chef Husnil 🎥Hobby : Blogging, Cooking, GymLove my lovely wife🧕🏻 & little princess 👧🏻
Baca lagi

Carian Teratas bagi

Komen (12)

Dapur Yusfarisyia
Dapur Yusfarisyia @gula_apong
Nmpk sedap sgt tu. Dan2 terasa lapar 😋

Resipi Sepertinya