Penyaram a.k.a Cucur Jawa

Dapur Yusfarisyia
Dapur Yusfarisyia @gula_apong
Sarawak, Malaysia

#jekferlailertilljannah
#episod2
#cookpadmalaysia
#goldenapron2020
Lailer teringin nak makan cucur jawa tapi tak pernah buat. Lailer tak tahu nama kuih yang dimaksudkan nya. Dia bagitahu Jekfer kuih yang seperti topi Mexico. Jekfer mula lah Google, cari di FB, IG dan Cookpad. Dia ternampak la gambar cucur jawa/penyaram yang akak pernah upload dahulu tetapi Jekfer nak yang warna coklat juga. Jadi Jekfer pun mesej kat akaun Cookpad akak bertanya macam mana nak buat? Terperanjat akak yang Jekfer mesej akak. 🤣🤣🤣Akak pun terfikir juga nak buat penyaram hari ni (macam tau-tau je). Oleh kerana akak dah berjanji dengan Jekfer, kali ni akak nak kongsi bahan-bahan dan cara-cara buat nya. Akak bagitahu Jekfer kalau dah cuba nanti jangan lupa hantar cooksnap nya nanti. Jekfer kata “alright akak”. Okay la Jekfer, jom kita tengok bahan-bahan nya ye. 😁

Edit resipi
Lihat statistik
Kongsi
Kongsi

Ramuan

  1. 1 cawangula apong (jika tiada boleh gantikan dengan 1/2 cwn gula melaka yg diparut dan 1/2 cawan gula kastor)
  2. 1 1/2 cawantepung gandum
  3. 1 cawantepung beras (cap 3 gajah)
  4. 1 3/4 cawanair panas
  5. Minyak untuk menggoreng
  6. Bahan tambahan
  7. 1/2 sudu kecilgaram

Cara Memasak

  1. 1

    Satukan tepung gandum, tepung beras dan garam. Kacau rata. Ketepikan. Dalam bekas lain gaulkan gula apong dan gula kastor dengan air panas. Kacau hingga gula larut. Air tadi akan menjadi suam.

  2. 2

    Tapis air gula ke dalam tepung dan kacau rata. Tapis lagi supaya tidak ada tepung yang berketul.

  3. 3

    Perap 3-4 jam di suhu bilik. Lebih lama diperap lebih bagus. Jika hendak diperap semalaman, adunan disimpan di dalam peti sejuk. Panaskan kuali dengan menggunakan api yang kecil. Guna kuali yang cekung ke dalam untuk menghasilkan penyaram yang ada bibir yang seksi 😜. Tak kisah lah kuali kecil atau besar asalkan yang cekung. Di sini saya menggunakan kuali yang kecil sebab kat rumah saya kuali kecil ini yang paling cekung. Guna sedikit minyak.

  4. 4

    Sentiasa kacaukan adunan jika hendak menggoreng nya. Pastikan minyak telah cukup panas. Ambil sesenduk kecil adunan dan tuang di tengah2 kuali dan tunggu hingga seluruh permukaan kuih masak dan akan nampak seperti larva gunung berapi meletus.

  5. 5

    Apabila hampir masak, terbalikkan kuih dan goreng lagi dalam seminit dan boleh lah diangkat dan ditoskan minyak nya. Buat sehingga habis. Kuih ini perlu digoreng satu persatu.

Edit resipi
Lihat statistik
Kongsi
Cook Today
Dapur Yusfarisyia
pada
Sarawak, Malaysia
Mama kepada 2 orang anak. Suka memasak, mencuba resipi yang baru. Suka fotografi yang simple-simple je, menjahit dan berkebun yang kecil-kecil je. Saya simpan resipi-resipi saya di sini untuk rujukan saya dan anak-anak saya, juga dikongsikan bersama cookpaders semua. Belajar daripada rakan-rakan cookpaders yang lain tentang resipi-resipi yang tak pernah saya buat sebelum ini. 😉🧡“No one is born a great cook. One learns by doing.”
Baca lagi

Komen (4)

Nor Al Fatihah
Nor Al Fatihah @ThahWatermelon85
Wow..cantik kejadiannya..suka tengok tepi2 tu 😍😍

Resipi Sepertinya