Ikan Siakap Sweet Sour - Pes dari Sweet Apple Cafe Jengka

Aziela Amin
Aziela Amin @azielaamin79

#goldenapron2020
#week32

Kalau boleh kita orang perempuan nak kerja paling mudah kat dapur. Jadi saya mencuba la pes Sweet sour dari Sweet Apple Cafe Jengka. Memang mudah sangat guna pes ni. Tak perlu banyak nak membuat persediaan memasak, cuma sediakan bahan tambahan yang kita suka sahaja. Dapur pun tak berkecah. Jom tengok resepi.

Ikan Siakap Sweet Sour - Pes dari Sweet Apple Cafe Jengka

7 orang bercadang membuatnya

#goldenapron2020
#week32

Kalau boleh kita orang perempuan nak kerja paling mudah kat dapur. Jadi saya mencuba la pes Sweet sour dari Sweet Apple Cafe Jengka. Memang mudah sangat guna pes ni. Tak perlu banyak nak membuat persediaan memasak, cuma sediakan bahan tambahan yang kita suka sahaja. Dapur pun tak berkecah. Jom tengok resepi.

Edit resipi
Lihat statistik
Kongsi
Kongsi

Ramuan

15 minit
5 orang
  1. 1ekor ikan Siakap
  2. 1bungkus Pes Segera Sweet sour
  3. 1 cawanair
  4. Sayur-sayuran- kobis bunga, timun, nenas, lobak Merah, tomato cery dan bawang holand
  5. 2sudu tepung beras
  6. Garam dan secukup rasa
  7. Daunsup dan daun bawang

Cara Memasak

15 minit
  1. 1

    Ikan di kelar-kelar, kemudian digaul dengan tepung beras dan garam.

  2. 2

    Setelah itu ikan tadi digoreng dalam minyak yang banyak. Dah siap goreng ketepikan. Semua sayuran diatas dipotong dadu dan kecil.

  3. 3

    Masukkan pes segera sweet sour ke dalam kuali. Kemudian masukkan satu cawan air ke dalamnya. Masukkan sekali lobak merah. Lobak merah dimasukkan awal untuk bagi dia masak dan lembut dari sayur-sayuran lain.

  4. 4

    Dah mendidih baru masukkan semua sayur-sayuran di atas serta masukkan garam dan sucukup rasa. Kacau seminit dan tutup api. Boleh curah ke atas ikan siakap yang sudah digoreng tadi. Dan taburkan daun sup serta daun bawang. Siap untuk dihidang dan makan sekeluarga.

Edit resipi
Lihat statistik
Kongsi

Cooksnap

Anda telah mencuba resipi ini? Kongsikan gambar hasilnya!

Kartun lukisan tangan berwarna kelabu memaparkan kamera dan kuali memasak berserta bintang-bintang di dalamnya
Cook Today
Aziela Amin
Aziela Amin @azielaamin79
pada

Komen

Resipi Sepertinya