Sup Udang dan Bayam Simple (Sup Sihat Chinese Style Eat Clean)

Sesimple Loralin
Sesimple Loralin @Uchu
Pahang, Malaysia

Simple, mudah dan sedap sehingga anak-anak Uchu tidak menolak sayur. Masak bening ala chinese style sebab gunakan kicap cair dan sedikit minyak bijan.

Nota:
udang dan bayam hijau mengandungi purine yang tinggi. Tidak sesuai untuk pesakit gout.

Disebabkan kandungan purinnya yang tinggi, sesiapa pun tidak elok mengamalkan makan bayam hijau setiap hari walaupun ia hijau!

Edit resipi
Lihat statistik
Kongsi
Kongsi

Ramuan

  1. 200 g(seikat) bayam hijau
  2. 1/2biji bawang merah/ bawang holland (dihiris)
  3. 5 ulasbawang putih (diketuk)
  4. 15ekor udang (buang kulit, jumlah ikut suka)
  5. 20 ggula batu (optional)
  6. 3 cawanair
  7. 2sb kicap cair (kemasinan ikut suka)
  8. 1/2st minyak bijan

Cara Memasak

  1. 1

    Didihkan air dalam periuk bersama bawang merah dan bawang putih. Kecilkan api.

  2. 2

    Masukkan udang dan gula batu. Masak sekejap sahaja.

  3. 3

    Masukkan bayam dan kicap cair. Masak sehingga bayam lembut (atau tutup api dan tutupkan periuk supaya bayam self-cooked).

  4. 4

    Renjiskan minyak bijan. Kacau rata dan tutupkan api.

  5. 5

    Nota: bersihkan bayam daripada pasir sebaik2nya.

Edit resipi
Lihat statistik
Kongsi
Cook Today
Sesimple Loralin
pada
Pahang, Malaysia
Saya simpan resepi koleksi peribadi,kongsi resepi, perhati,belajar & cuba resepi di Cookpad😊 ⬇️⬇️⬇️Memasak dan membaking menjadi satu keseronokkan dan terapi untuk Uchu ✌️👍.Ada resepi sesimple dan ada juga resepi terlihat complicated...🤣 selalunya yang simple itu sedap, ada masa kena bersusah sikit untuk sedap. Ape2pun, yang baik dan enak itu datangnya dari Allah, yang kurang itu datangnya dari kelemahan Uchu sendiri..dengan rasa rendah diri..salam kenal dan selamat mencuba!
Baca lagi

Komen (9)

Oney
Oney @cook_23474224
Ada kawan saya suka sup udang. Akan dicuba resepi ni. Nanti saya cooksnap!

Resipi Sepertinya