🍄🍗 CHICKEN STROGANOFF

Keroroyz Royz
Keroroyz Royz @Kak_Roy
Gerikland, MY🇲🇾

доброе утро!! Maknanya gemokning in Russian. Meh terai chicken stroganoff yg asai dari Rusia ni & standby chilli flakes utk yg suka pedaih, hepi meneraiiii 😉 #chickenstroganoff #stroganoff #natashaskitchen

🍄🍗 CHICKEN STROGANOFF

доброе утро!! Maknanya gemokning in Russian. Meh terai chicken stroganoff yg asai dari Rusia ni & standby chilli flakes utk yg suka pedaih, hepi meneraiiii 😉 #chickenstroganoff #stroganoff #natashaskitchen

Edit resipi
Lihat statistik
Kongsi
Kongsi

Ramuan

30 minit
3-4 sajian
  1. 450 gdada ayam dihiris kecil 1inc
  2. 4sdm minyak zaitun / myk jagung / myk masak
  3. 1/2bj bwg besar didadu
  4. 3 ulasbwg putih dicincang
  5. 2cwn cendawan butang coklat dihiris
  6. 1/2bj capsicum didadu
  7. 4sdm butter
  8. 2sdm tepung gandum
  9. 2cwn air rebusan ayam atau 2 cwn air rebusan spageti + 1 kiub ayam
  10. 1sdm worcestershire sauce (L&P) / kicap masin
  11. 1/2sdk thyme herbs / herba kegemaran
  12. 1/3cwn whipping cream/sour cream/natural yogurt
  13. 1/2sdk garam
  14. Spageti yg siap direbus/nasi/roti
  15. Hirisan daun parsley sebagai hiasan
  16. Bahan2 rempah (spice mix)
  17. 1sdk garlic powder / 2 ulas bwg putih diparut
  18. 1sdk onion powder / 2 biji bwg merah diparut
  19. 1/2sdk paprika (boleh omit jika tiada)
  20. 1/2sdk cayenne pepper / serbuk cili
  21. 1sdk serbuk lada hitam

Cara Memasak

30 minit
  1. 1

    Bahan2 chicken stroganoff

  2. 2

    Didlm mangkuk yg sesuai satukan dada ayam, garam serta bahan rempah (spice mix) & ketepikan

  3. 3

    Didlm kuali dgn api sderhana panas, panaskan 2 sdm minyak. Masukkan dada ayam & masak hingga keperangan sahaja. Angkat & ketepikan

  4. 4

    Masukkan baki 2 sdm minyak kedlm kuali tadi & apabila dh panas tumis bwg besar hingga lembut. Kemudian masukkn bwg putih, tumis hingga wangi lbh krg 1 minit

  5. 5

    Masukkn cendawan & tumis hingga keperangan. Ketepikan cendawan ke bhg tepi kuali, kemudian masukkn butter. Bila butter mencair masukkn tepung gandum. Kacau hingga tepung bersatu elok dgn butter & tidak berbuih

  6. 6

    Tambah air rebusan ayam, sos L&P & thyme herbs. Masukkn dada ayam bersama jusnya jika ada. Biarkan mendidih. Kecilkn api & biarkan hingga kuah menjadi sedikit pekat

  7. 7

    Masukkn whipping cream/sour cream/yogurt & kacau hingga kuah menjadi sebati & creamy. Balancekan rasa (rasa kuah ujung2 mcm sos chicken mushroom)

  8. 8

    Taburkan hirisan daun parsley & hidangkan bersama spageti/pasta/nasi/roti. Hepi menerai 😉

Edit resipi
Lihat statistik
Kongsi
Cook Today
Keroroyz Royz
Keroroyz Royz @Kak_Roy
pada
Gerikland, MY🇲🇾
ig : 71keroroyz masakan ala cafe & fusion, hepi meneraiiii ✌️
Baca lagi

Komen (2)

Q'leenalee's Kitchen
Q'leenalee's Kitchen @airtangan_ummirizqi
Yummmmi sedapnya..teringin😀😋😋😋😍

Resipi Sepertinya