Kari Daging Sos Spageti

Ini bahan rahsia saya kalau saya buat kari. Biasanya saya akan tambah sos spageti bila buat kari ayam atau daging. Kuah kari akan jadi lebih pekat dan rasa masam sos spageti tadi akan menambah selera orang yang makan. Sangat sesuai untuk dimakan dengan roti, roti canai, capati, nasi dan lain-lain lagi. Jangan lupa untuk mencuba. Hehe 😁. #goldenapron2020
Kari Daging Sos Spageti
Ini bahan rahsia saya kalau saya buat kari. Biasanya saya akan tambah sos spageti bila buat kari ayam atau daging. Kuah kari akan jadi lebih pekat dan rasa masam sos spageti tadi akan menambah selera orang yang makan. Sangat sesuai untuk dimakan dengan roti, roti canai, capati, nasi dan lain-lain lagi. Jangan lupa untuk mencuba. Hehe 😁. #goldenapron2020
Cara Memasak
- 1
Potong daging nipis-nipis. Bersihkan dan toskan terlebih dahulu.
- 2
Kupas kentang. Kentang dipotong kecil dan diletakkan ke tepi terlebih dahulu.
- 3
Kisar bawang besar, bawang putih dan halia.
- 4
Panaskan minyak dan masukkan daun kari, bunga lawang, buah pelaga dan kayu manis terlebih dahulu. Kemudian masukkan bahan yang telah dikisar dan cili giling. Tumis hingga pecah minyak.
- 5
- 6
Masukkan serbuk kari yang telah dibancuh dengan sedikit air. Kalau nak masukkan serbuk kari terus pun boleh. Tumis seketika.
- 7
Masukkan pula daging dan kentang yang telah dipotong. Tambah satu cawan air. Kacau sedikit dan biarkan bahan-bahan tadi mereneh selama 5 minit.
- 8
Seterusnya, tuangkan susu segar/santan, sos spageti dan dua cawan air. Kacau sedikit kemudia reneh selama 10 minit lagi bagi memastikan daging dan kentang betul-betul empuk.
- 9
Akhir sekali, tambah garam dan serbuk perasa ke dalam kuah kari. Jika kurang masin, kuantiti garam boleh ditingkatkan.
- 10
Kari daging sos spageti telah sedia dinikmati. Selamat mencuba. 😁
Cooksnap
Anda telah mencuba resipi ini? Kongsikan gambar hasilnya!
Resipi Sepertinya
-
Kari Daging Kari Daging
#goldenapron2020#mingguke10Lama rasanya tak makan kari daging setelah kejadian saya makan kari daging yang ada bau lain macam di restoran. Trauma rasanya dengan bau hanyir. HadoiiiiTapi rasanya kalau masak sendiri mungkin tak akan terjadi kalau kita cuci dengan bersih.Seperti kebiasaan cara saya memasak, kalau kari daging, bahan mesti saya kisar. Tumisan wajib ditumis sehingga benar-benar masak dan terbit minyak. Ini untuk mengelakkan rasa bawang masih mentah. Nanti kuah menjadi tak enak dan rasa bawang lebih pekat.Tapi terpulang pada citarasa masing-masing sebab setiap orang mempunyai cara masak sendiri. Mana yang mudah dan enak, tidak salah kita mencuba. Betul ke tak ni? Gyna Elenna -
Daging Masak Kari #MAHN Daging Masak Kari #MAHN
Saya suka masak kari..😊kerana hidangan ni boleh dimakan dengan pelbagai hidangan..Nasi..roti canai..roti jala..lontong..lempeng dan macam2 lagiSedap dan x pernah jemu..hehe Sarmila Sharif -
Daging Masak Kari Daging Masak Kari
#madebyjeehan#cookpadmalaysiaDua hari yang lalu saya masak Kari Daging.... Selalunya kami jarang makan Kari dengan Nasi. Dah terbiasa makan Kari cercah dengan roti prata ataupun roti canai. Tapi hari itu saya tapaukan untuk nasi putih dengan kari daging untuk lunch suami saya Kat office. Die kata sedap juga sekali sekala makan Kari daging dengan nasi putih ni...next time buat lagi yer....😁. Jom kita tengok resepi Kari Daging style saya 😊. Give a try and happy cooking guy's 😘😘😘 Jeehan Kitchen -
Kari Daging Kari Daging
CHALLENGE 28: MALAY FOOD#MerdekaMonth #MalaysiaMonth🇲🇾 #HariMalaysiake61 #16SeptemberMenu kari favourite cik somi dan si bujang saya, lagi-lagi kari daging, kambing atau ayam. Cik somi suka kari pekat dan dia jugak lah nanti bila makan asyik cedok kuah tu banjir nasi sampai tanya takde lagi ke kuah? Ni yang buat saya hangin satu badan. Dah nama nya kuah pekat jangan ditanya kuah nya ada lagi ke tak? Sebab tu saya selalu cakap masak kari biar cair sedikit biar semua dapat merasa kuah nya sekali. Ni tak asal dia makan mesti kering kontang kuah nya. Kuah kari kalau dah sejuk makin lah bertambah pekat nya, nak-nak yang ada kerisik. Kalau saya masak kari dia sanggup tunggu kat dapur sambil tu tolong kacau-kacau kari tu sampai kari tu masak. Bila saya nak tutupkan api stove dia akan cakap belum pekat lagi kuah nya, sikit lagi masak bagi kuah nya pekat. Kadang tu saya pun tak nak beralah dengan dia, saya cakap "abang jer la masak lain kali". Dia buat-buat tak dengar apa yang saya cakap.#GlobalApron2024Bahan-bahan COOKPAD MAGIC PANTRY :-Buah keras (2) + daging (3 point) + rempah 4 sekawan (1) + santan (R) + serai (R) Dapur Yusfarisyia -
Kari Telur Berkerisik Kari Telur Berkerisik
Sejak kebelakangan ni, saya sibuk practice & merekod diri sendiri memasak demi menghidupkan semula YouTube channel yang dah lama tidur 😁Insyaallah, bulan April nanti hiduplah dia semula. Semoga segala perancangan saya akan dipermudahkan oleh Allah SWT 🙂Harini, saya masak lauk simple je. Kari telur berkerisik. Kuahnya saja saya buat pekat nanti esok bolehlah di'geng'kan dengan roti jala (kalau rajin buat) 😁 Noor Ashikin Saerah -
Kari Daging Kerisik Kari Daging Kerisik
#saturesepisatupohonJuadah kari daging dicampur dengan kerisik menjadikan kuahnya pekat, dimakan bersama roti juga amat sesuai. Erma Yusnida -
Kari Daging Kari Daging
#goldenapron#saturesepisatupohonKari daging sedap dinikmati tidak mengira sama ada waktu pagi, makan tengah hari mahupun makan malam. Boleh dihidangkan bersama nasi dan juga menu sampingan lain seperti roti jala mahupun roti canai. Harini saya ingin kongsikan kari daging yang mudah dan ringkas di sediakan. Jom cuba🤗NurDiana Rosli
-
🍜🐮Kari tulang lembu tumis darat 🍜🐮Kari tulang lembu tumis darat
#goldenapron2020#minggu4Tumis darat ni org utara panggil utk tumisan yg kita tumis di kuali lain.Bila kita guna cara ni kita akan dapati rasa bawang,halia dan rempah ratus yg kita masukkan ke dalam masakan kita tu bangkit harum tak tenggelam dengan kuah.Cuba laa versi tumis darat kari ni. Zieta Ali -
Kari Daging Sri Lanka Kari Daging Sri Lanka
Ada kelaianan dalam menyedikan kari daging Sri Langka ini. Daun pandan dan daun kari ditumbuk kasar. Menambah bau dan lebih rasa dalam masakan ni berbanding kari biasa. Boleh dipelbagaikan dengan Memasak daging kambing maupun ayam. Kari ini sedap dimakan dengan nasi , roti ataupun capati. Ani Delighted -
Kari Daging Kari Daging
#goldenapron2020Saya peminat daging, tak kisahlah masak apa sekalipun. Kalau ada daging, menu tu la yang akan saya ambil dulu.Kali ni saya nak share resepi kari daging yang selalu saya buat untuk keluarga saya. Inshaallah sedap. HeheheheSaya suka letak kerisik sebab kuah akan menjadi sedikit pekat dan rasa lebih sedap.Kari daging juga lebih sedap bila air dari daging dibiarkan kering ketika proses menumis bersama daging supaya kuah kari kita nanti tidak berbau hamis.Selamat mencuba. Zarns Dir -
Kari Daging Kari Daging
Resipi dalam galeri fon.Cooksnap daripada adik Min @MocQueSaya ada olah sedikit bahan nya. Sebenar nya santan yang dibeli tertinggal di atas meja kaunter kedai. Malas nak balik ke sana, guna jer lah baki santan yang tak seberapa yang ada di dalam peti sejuk. Stock susu sejat pun dah habis. Takpe lah, masak kari tanpa santan pun sedap bagi saya sebab saya ni tak memilih tetapi suami saya tu suka sangat kalau kari tu dibuat pekat 🤦🏻♀️. Saya pun tak faham lah, nanti bila waktu makan dia yang beriya-iya menimba kuah kari ke dalam pinggan nasi dia sampai kering kontang pinggan/mangkuk kari. Orang lain (ahli keluarga) nak makan daging dengan kentang jer ke? Kita orang pun nak jugak kuah kari tu. Sebab tu bila suami saya request masak kari ke, masak kurma ke, masak kicap ke, saya terus "sound" dia takmo yang pekat-pekat sangat nanti orang lain tak merasa kuah nya. Buat sederhana pekat tu pun dah kira okay sangat. Dia pun angguk kepala dan bagi sign jari 👌. Adan uke dia 😆 Dapur Yusfarisyia -
Kari kambing Kari kambing
#goldenapron#1resepi1pohonmemang kegemaran anak dan suami...tetapi tidak pada saya ..tolong masak saja lah...daging kambing ni..tadi jiran minta tolong masakkan lepas tu..berbahagilah kami 2 keluarga... 0h Hana !!
Lebih Banyak Resipi
Komen