Mini Biscoff Cheesecake Mampu Milik 😉

#cake
Haaa..korang ingat lagi tak duk baris mane dalam dewan SPM dulu?Uchu dah susun cheesecake mcm susunan dewan peperiksaan tu..label meja calon je takde..🤣
Biscoff cheesecake ni Uchu buat untuk anak saudara Uchu, kawan sekelasnya dan cikgu yang setia terus menerus berjuang bersama-sama untuk menduduki SPM tahun ni. Merekalah calon SPM dalam sejarah Malaysia yang sangat cekal berusaha untuk bersedia sambil berhadapan dengan situasi COVID-19..💪 All the best untuk mereka! Tanda terima kasih dan memberi semangat kepada mereka..(lepas amik gamba kek baru sambung buat wording..😅)
Biasanya Uchu buat filling cream cheese tak letak fresh milk. Tapi kali ni follow resepi cikgu Azlina Ina untuk filling yang melting sikit..Uchu juga kurangkan kemanisannya daripada resepi asal.
Orang kata kek Biscoff ni level kayangan..sebab mahal bahan-bahannyer! Walaupun mahal, tapi kek ni ada peminatnya tersendiri..Dari segi penggunaan bahan, sesuai untuk buat berniaga. Kek ini kalau whole mmg nampak harga kayangan. Jadi bila buat dalam bentuk mini, bekas pun bekas bajet je so mudah untuk dijual dan boleh la jadi kek mampu milik yg sedap kaww!😉
Mini Biscoff Cheesecake Mampu Milik 😉
#cake
Haaa..korang ingat lagi tak duk baris mane dalam dewan SPM dulu?Uchu dah susun cheesecake mcm susunan dewan peperiksaan tu..label meja calon je takde..🤣
Biscoff cheesecake ni Uchu buat untuk anak saudara Uchu, kawan sekelasnya dan cikgu yang setia terus menerus berjuang bersama-sama untuk menduduki SPM tahun ni. Merekalah calon SPM dalam sejarah Malaysia yang sangat cekal berusaha untuk bersedia sambil berhadapan dengan situasi COVID-19..💪 All the best untuk mereka! Tanda terima kasih dan memberi semangat kepada mereka..(lepas amik gamba kek baru sambung buat wording..😅)
Biasanya Uchu buat filling cream cheese tak letak fresh milk. Tapi kali ni follow resepi cikgu Azlina Ina untuk filling yang melting sikit..Uchu juga kurangkan kemanisannya daripada resepi asal.
Orang kata kek Biscoff ni level kayangan..sebab mahal bahan-bahannyer! Walaupun mahal, tapi kek ni ada peminatnya tersendiri..Dari segi penggunaan bahan, sesuai untuk buat berniaga. Kek ini kalau whole mmg nampak harga kayangan. Jadi bila buat dalam bentuk mini, bekas pun bekas bajet je so mudah untuk dijual dan boleh la jadi kek mampu milik yg sedap kaww!😉
Cara Memasak
- 1
Hancurkan biskut menjadi crumbs.
- 2
Tuangkan butter cair ke dalam Biscoff crumbs.
- 3
Cedok 1 sudu makan (20-25 g) crumbs ke dalam bekas bersaiz 8x8 cm. Tekan dan padatkan. Simpan dalam peti sementara menyediakan filling.
- 4
Gelatin: Campurkan gelatin dengan air panas. Kacau rata. Diamkan selama 10 minit. Kemudian kacau dan lenyek2 lagi sehingga gelatin larut sepenuhnya.
- 5
Filling: putar cream cheese dan gula ising sehingga gebu.
- 6
Dalam mangkuk berlainan putar whipped topping cream sehingga kental.
- 7
Campurkan cheese dan whipped cream. Putar sebati.
- 8
Tambahkan gelatin (kacau sekali lagi sebelum guna). Putar sebati.
- 9
Kemudin tambahkan susu segar dan 3 sudu besar Biscoff spread. Putar sebati.
- 10
Sudukan filling ke atas crumble base tadi. Tutup dan simpan dalam peti sejuk sehingga set. (3- 5 sudu besar filling bagi bekas 8x8 cm)
- 11
Topping: cairkan Biscoff spread menggunakan kaedah double boil. Kacau sebati. (Boleh tambah minyak kelapa jika nak lebih cair)
- 12
Tuangkan ke atas filling. Hiaskan.
- 13
Nota: Uchu buat 3 kali ganda daripada resepi di atas untuk 50 bekas 8x8 cm.
- 14
Link berkait Biscoff:
Homemade ala Lotus Biscoff Cookies:
https://cookpad.wasmer.app/my/recipes/12945040Homemade ala Lotus Biscoff Spread:
https://cookpad.wasmer.app/my/recipes/12945129Homemade ala Biscoff Cheesecake:
https://cookpad.wasmer.app/my/recipes/12945490 - 15
Pumpkin Biscoff Cheesecake Cake & Pumpkin Burnt Cheesecake:
https://cookpad.wasmer.app/my/recipes/14246239Biscoff Oreo Cheesecake:
https://cookpad.wasmer.app/my/recipes/14456109
Resipi Sepertinya
-
Biscoff cheesecake Biscoff cheesecake
Cheesecake yang mudah untuk dibuat dan sangat sedap 😋 Sekali cuba mesti nak lagi 😍Teringin sangat nak makan dan akhirnya berjaya juga buat sendiri untuk pertama kalinya pada Ramadan ke-16 baru-baru ini. Masa puasa la macam-macam teringinnya 🤭 Memang tak rugi mencuba memang berbaloi walaupun agak susah mendapatkan biscoff spread dan biskut lotus biscoff waktu-waktu PKP tu 😂 saya beli bahan on9 di shopee je 😅Disebabkn susah nk dapatkan biskut lotus biscoff ni dan harga agak pricey kan, so saya olah sedikit resepi, saya campur biskut lotus biscoff ni dengan biskut digestive untuk buat base cheesecake ni. Boleh la jimat sikit tapi masih dapat kekalkan kesedapan kek ni 🥰Selamat mencuba semua 🤗#biscoffcheesecake#goldenapron2020 Mama Esya 🥰 -
Biscoff Oreo Cheesecake PKP Biscoff Oreo Cheesecake PKP
#cakeCheesecake yang pernah viral masa PKP 1.0 ni..hihi..permintaan anak untuk cheese cake lagi..lagipun harini Jumaat, boleh la share dgn jiran dan abang kakak kalau nak rasa boleh pandu-lalu ajee..🤣🤣 Sesimple Loralin -
Biscoff Cheesecake for 1 Biscoff Cheesecake for 1
Dah plan nak siapkan #biscoffcheesecake ari isnin sebab kawan nak bg leftover biscoff spread dan crumbs dia. Cukup2 untuk 2 kali ngap! Jadi la kan dari takde!Hati munge2 sebab bahan rare ni memang tak dapat cari sekarang tau! Nak phop cecantik untuk kenangan. Tatau bila lagi akan ada rezeki untuk buat.Sekali kol 10mlm ahad tu kena admit. Pagi isnin kena jumpa pakar payudara dan buat test dan ultrasound. Risau, sedih, sakit, terkedu semua ada.Sementara ada kudrat ni MinSha hantar je la “rangka” resipi dulu. Nanti2 edit balik.Kepada yang tak sempat, sila buat macam ni juga ya. Yang penting tarikh terbit tu. Good luck geng! #goldenapron2020P/S: Boleh ganti Lotus Biscoff Biscuit/Crumbs dengan IKEA Ginger Biscuit. 😘 MinSha -
Biscoff Digestive Cheesecake Biscoff Digestive Cheesecake
#biscoffcheesecake#goldenapron2020Cabaran membuat biscoff cheesecake ni. Biskut biscoff dan spread biscoff sold out di semua kedai menjual barang-barang kek di Kajang. First time buat dan sahut cabaran cookpad, akak gigihkan juga membuatnya. Jadi akak beli apa yang ada di kedai bake with yen. Biskut Digestive menggantikan biskut biscoff. Peanut butter cream sebagai spread atas cheesecake. Semasa nak memutar whipping cream pun mencabar. Sekali buat jadi cair tak menjadi. Dua kali buat baru ok. Begitu juga peanut butter. Bila di cairkan secara double boil pun pada mulanya tak menjadi. Kali kedua baru ok. Alhamdulillah walaupun begitu siap juga akhirnya. Umi Minarni -
Kek Batik Biscoff yang Melting 💖 Kek Batik Biscoff yang Melting 💖
#cakeUchu memang dah terpikat sangat dengan rasa Biscoff sejak mengenal dia ni masa cabaran cookpad suatu masa dulu. Sempena nak masuk Ramadhan yang begitu hampir dan Syawal yang agak kejauhan lagi, Uchu dah restock siap2 biskut, crumbs dan spread Biscoff ni. Beli terus banyak2 macam bak berniaga 😆 sebab memang kegemaran anak-anak jugak.Anak2 dah request nak makan biskut raya Hazel Biscoff Swiss Tart harini. Kalau buat harini, jadi biskut Syabaan bukan biskut raya dah namanya..jadi, kek batik Biscoff bukan calang2 ni pasti sangat memenuhi kehendak anak2. Melting beb! Credit resepi , Mr.Ali129/2022 Sesimple Loralin -
'Bisgerr' White Chocolate Cheesecake (Easy Bake) 'Bisgerr' White Chocolate Cheesecake (Easy Bake)
#biscoffcheesecake#goldenapron2020Eh.. Eh.. Kenapa biskut tu tak nampak 'lotus' nya? Ini lah 'Bisgerr' White Chocolate Cheesecake (Easy Bake). 'Bisgerr' sebab cikgu guna biskut Tiger. 'Biscoff' sebab guna Lotus Biscoff Cookies & Spread.Ini je la yang cikgu mampu, kek keju acah-acah kayangan seakan-akan Biscoff Cheesecake yang viral sekarang ini.Jangan kata biskut Lotus Biscoff tu je yang tak jumpa.. Cream cheese pun merata cikgu cari. Agaknya bila PKP ni, ramai orang dah pandai buat cheesecake. Tu yang semuanya licin 😜.Cikgu olah sendiri resepi ini dengan menggunakan bahan yang cikgu ada dan insya Allah mampu milik bagi menghasilkan resepi yang seakan-akan sama seperti Biscoff Cheesecake dengan harapan rasanya sesedap kek keju yang viral ini. Di antara modifikasi yang cikgu buat adalah:1) Lotus Biscoff : Biskut Tiger2) Biscoff spread : sos karamel3) Unbake cheesecake : Easy bake (steam bake) cheesecake4) whipping cream: telur & plain yogurt5) gula castor : coklat putihP/s: kenapa easy bake? Sebab cikgu menggunakan preset menu No. 10 pada oven Cubic Panasonic cikgu.Jom masuk dapur cikgu! Hafiza Muaddah -
Biscoff Cheesekut Biscoff Cheesekut
Satu lagi Cheesekut yang Aznie buat tengahari tadi. Biscoff Cheesekut. Dia punya filling makan ala-ala menu kayangan😂. Adudududu, serius sedap macam nak pingsan😋. Aznie tambah juga sikit crunchy spead biscoff. Stok ada jadi bubuh jugak la sikit. Kenapa pilih biscoff?? Sebab Aznie ada banyak stok biskut biscoff ni pemberian dari teman Aznie dari Singapore tu hari. Terima kasih kak Jana. Suka sangat. Aznie Khasri -
TigerDelfi Biscoff Cheese Cake (Unbaked) TigerDelfi Biscoff Cheese Cake (Unbaked)
#biscoffcheesecake#goldenapron2020Bercerita tentang cheesecake ni, ni lah pertama kali Kak Lat buat. Cadangnya nak buat dah lama. Dah beli dah tatura cream cheese masa sebelum pkp lagi. Sudahnya, terperuk je dalam petiais. Anak-anak tak berapa suka cheesecake, suami pun dah tak suka benda-benda manis dah sekarang ni.Bila admin umumkan ada bonus cheesecake, oklah, inilah masanya Kak Lat buat. Paling malang, bila nak buat, rupanya cream cheese tatura tu dah kena "curi" separuh. Tak pasti anak yang mana. Diorang masukkan dalam spegheti. Agaknya tengok benda tu dah lama tak pakai.😅Jadinya, terpaksalah suruh suami cari barang lagi. Bagitau dia, kalau brand tu tak ada, ambil je apa-apa brand pun tak kisah. Dalam masa yang sama, suruh juga carikan biscoff tu, teringin jugakan nak rasa, udah kata viral, walaupun dah tahu, pekan kecil macam ni, mana ada jual. Balik rumah, suami cerita, senyum je pelayan kedai bakery bila tanya biscoff tu.Jadi, Kak Lat buat je apa yang ada, guna apa yang ada. Buat pun sikit je. Letak dalam gelas je, senang nak makan. Jangan pulak resipi ni jadi viral, nanti biskut tiger ni pulak naik harga.😂 Berangan tak salahkan. 😉 LATIPAH NAWAWI -
Non bake Mini Chocolate ala Biscoff Cheesecake Non bake Mini Chocolate ala Biscoff Cheesecake
#goldenapron2020#biscoffcheesecake#cookpadmalaysiaMula-mula dapat cabaran #biscoffcheesecake ni saya terus bingung dan hampir lepas tangan nak sahut cabaran. Sebab tak pernah dengar perkataan biscoff, alahaiii lah orang kampung haha.Tapi bila dah search dan baca cara hack daripada kawan-kawan cookpader dan minsha sendiri, Alhamdulillah lega hati dan terus cari kat kedai bakery.Malangnya tak jumpa biskut biscoff apatah lg sprate. Tapi saya cuba cari biskut digestive pula, Alhamdulillah ada. Kebetulan pula dah lama simpan niat nak cuba non bake cheesecake, nah dengan berbekalkan idea yang ada, maka terhasil lah non bake chocolate ala biscoff cheesecake cara saya.Dapatlah hadiahkan bapa saya cheesecake ni sempena ‘fathers day’, horrayy🥰🥰 Nurul Ayne -
Non Bake Biscoff Cheese Cake Non Bake Biscoff Cheese Cake
#biscoffcheesecake#bonus#goldenapron2020Teringin punya pasal nak makan Biscoff Cheese Cake ni,sedaya upaya cari bahan bahannya.Sebelum PKP biskut biscoff dan biscoff spread mudah dapat dan harganya biasa biasa sahaja.Sejak PKP ni,harga bahan menjadi harga kayangan dan susah untuk mendapatkannya.Alhamdulillah,akhirnya bahan bahannya dapat juga saya beli.Bila dah terjadi Kek Cheese Biscoff ni terasa betul betul puas dan bila menyuap kedalam mulut, tak tahu nak cakap macam mana sebab terlalu lalu sedap dan susah nak gambarkan kesedapan Biscoff Cheese Cake ini..Cuba la sendiri kalau nak tahu kesedapan kek ini. Dunia Hanya Sementara Fy -
Peanut butter cheesecake (aka Biscoff Cheesecake) Peanut butter cheesecake (aka Biscoff Cheesecake)
#biscoffcheesecake#goldenapron2020Tiada biskut biscoff tak semestinya kek tak menjadi .Bab mengolah masakan mmg paling ziana gemari .Ziana menggunakan bahan apa yg ada didepan mata. Dengan mengolah masakan kek dpt dihasilkan sama seperti biscoff yg asal cuma bahan sahaja berlainan. Siapa kata memasak tu leceh. Sudah menjadi tema Cookpad "Jadikan masakan harian seronok" .Jadi , tak salah mencuba 😊 Ziana Chesaad -
Biscoff Cheesecake Dip & Dip Biscoff Cheesecake Dip & Dip
#biscoffcheesecake #goldenapron2020Wow, mencabar tema bonus Cookpad Malaysia kali ini!Itu je ungkapan sesuai untuk diri Yani yang sememangnya jarang-jarang sekali nak buat kek. Dari mencari bahan-bahan sehingga ke nak menyelesaikan tugasan ini, Yani rasa sungguh berdebar. Ok, demi menyahut cabaran bonus kali ini Yani cuba juga selesaikan tugasan ni. 😂 Macam susah je kan, padahal bagi orang lain cam kacang je..🤣 Nur Azliani Amer
Lebih Banyak Resipi
Komen (12)