Kek Batik Biscoff yang Melting 💖

Sesimple Loralin
Sesimple Loralin @Uchu
Pahang, Malaysia

#cake
Uchu memang dah terpikat sangat dengan rasa Biscoff sejak mengenal dia ni masa cabaran cookpad suatu masa dulu. Sempena nak masuk Ramadhan yang begitu hampir dan Syawal yang agak kejauhan lagi, Uchu dah restock siap2 biskut, crumbs dan spread Biscoff ni. Beli terus banyak2 macam bak berniaga 😆 sebab memang kegemaran anak-anak jugak.

Anak2 dah request nak makan biskut raya Hazel Biscoff Swiss Tart harini. Kalau buat harini, jadi biskut Syabaan bukan biskut raya dah namanya..jadi, kek batik Biscoff bukan calang2 ni pasti sangat memenuhi kehendak anak2. Melting beb! Credit resepi , Mr.Ali

129/2022

Kek Batik Biscoff yang Melting 💖

#cake
Uchu memang dah terpikat sangat dengan rasa Biscoff sejak mengenal dia ni masa cabaran cookpad suatu masa dulu. Sempena nak masuk Ramadhan yang begitu hampir dan Syawal yang agak kejauhan lagi, Uchu dah restock siap2 biskut, crumbs dan spread Biscoff ni. Beli terus banyak2 macam bak berniaga 😆 sebab memang kegemaran anak-anak jugak.

Anak2 dah request nak makan biskut raya Hazel Biscoff Swiss Tart harini. Kalau buat harini, jadi biskut Syabaan bukan biskut raya dah namanya..jadi, kek batik Biscoff bukan calang2 ni pasti sangat memenuhi kehendak anak2. Melting beb! Credit resepi , Mr.Ali

129/2022

Edit resipi
Lihat statistik
Kongsi
Kongsi

Ramuan

Loyang loose-base 7 inci
  1. Lapisan Kek Batik Biscoff
  2. 300 grambiskut biscoff (kalau takde @ nak kurangkan bajet guna 300 gram biskut marie)
  3. 130 grambutter (suhu bilik)
  4. 1/4 cawansusu pekat
  5. 1/2 cawanmilo
  6. 1/2 cawanserbuk koko
  7. 1 sudu makanbiscoff spread
  8. 3/4 cawanfresh milk atau full cream milk
  9. Lapisan Cheese Mousse (tanpa gelatin)
  10. 250 gramcream cheese (lembut & pada suhu bilik)
  11. 50 grambiscoff spread (Uchu;4 sudu besar)
  12. 20 gramgula icing (Uchu;2 sudu besar)
  13. 160 gramdairy whipping cream (uchu guna 1 kotak kecil,200 ml)
  14. 1 sudu makangula icing
  15. 4 sudu makanfresh milk (optional untuk lebih melting)
  16. Topping
  17. 130 grambiscoff spread yang dicairkan
  18. 4-5 sudu besarBiscoff crumbs

Cara Memasak

  1. 1

    KEK BATIK BISCOFF:

    Cairkan butter atas kuali gunakan api kecil. Apabila butter cair sepenuhnya, TUTUP API.

    Masukkan campuran susu pekat, milo, serbuk koko, fresh milk atau full cream milk dan 1 sudu makan biscoff spread.

  2. 2

    GUNAKAN API KECIL dan kacau semua bahan tadi sehingga sebati, tiada ketulan besar dan pekat.

    *Jangan cair sangat atau pekat sangat.

  3. 3

    Bila dah sebati, TUTUP API dan biarkan dalam 2 minit baru masukkan biskut biscoff yang dipatahkan kecil kecil. Gaul sebati.

  4. 4

    Masukkan biskut ke dalam loyang. Mampatkan.

    Lapkan comot-momot pada diding loyang jika ada.

    Setkan dalam peti sejuk bahagian chiller sementara menyediakan lapisan cheese atau setkan 1 jam.

  5. 5

    LAPISAN CHEESE:

    Putar cream cheese,biscoff spread dan gula icing sehingga sebati. Uchu putar semua dalam food processor sahaja. (uchu tambah 4 sudu besar fresh milk untuk lebih melting)

  6. 6

    Dalam mangkuk pengadun lain, putar dairy whipping cream dan gula icing sehingga cream sebati, gebu dan sedikit kembang. Mixer Speed; dari perlahan ke sederhana.

    Kena hati-hati dan jangan syok sangat memukul supaya tak tiba2 sahaja overbeat 😆 (cream jadi berketul dan nampak terpisah).

  7. 7

    Kaup balik cream cheese tadi dengan whipping cream yang diputar tadi sehingga sebati.

    Isikan mousse tadi ke atas lapisan kek batik yang telah kita setkan.

    Ratakan dan setkan selama sejam dalam peti bahagian chiller.

  8. 8

    Tip jika ter overbeat jugak:
    campur sahaja whipping cream dengan adunan cream cheese dengan beberapa sudu besar susu segar. Mix sahaja guna mixer sehingga semuanya sebati dan gebu.

    Tip ghisau sangat teroverbeat: pukul sahaja semua bahan whipping cream dan cream cheese sekaligus dari mula sehingga gebu dan sebati sahaja. Asalkan guna cream cheese sudah lembut sedikit pada suhu bilik.

  9. 9

    TOPPING:

    Cairkan biscoff spread dalam periuk atau boleh juga nak microwave kan. Dah cair, tutup api, biar dalam 10 minit, baru tuang atas lapisan mousse tadi.

    (Kalau tuang panas2 atas mousse, habislah rosak mencair lapisan mousse tu ye..)

  10. 10

    Toppingkan atas sekali dengan Biscoff crumbs.

    Setkan semalaman dalam chiller, potong cantik-cantik dah boleh makan.

    Tips:
    Lap pisau untuk setiap kali potongan. Boleh juga rendam sekejap pisau dalam air panas, tapi jangan panas sgt, nanti lapisan mousse dan topping pula mencair.

  11. 11

    Tips jadikan lapisan biskut marie berperisa ala Biskut Biscoff, tambahkan rempah2 ni dalam bancuhan:
    2 sudu teh serbuk kayu manis
    1/4 sudu teh buah pala
    1/4 sudu teh serbuk all spices
    1/4 sudu teh serbuk cengkih
    1/4 sudu teh serbuk halia

Edit resipi
Lihat statistik
Kongsi

Cooksnap

Anda telah mencuba resipi ini? Kongsikan gambar hasilnya!

Kartun lukisan tangan berwarna kelabu memaparkan kamera dan kuali memasak berserta bintang-bintang di dalamnya
Cook Today
Sesimple Loralin
pada
Pahang, Malaysia
Saya simpan resepi koleksi peribadi,kongsi resepi, perhati,belajar & cuba resepi di Cookpad😊 ⬇️⬇️⬇️Memasak dan membaking menjadi satu keseronokkan dan terapi untuk Uchu ✌️👍.Ada resepi sesimple dan ada juga resepi terlihat complicated...🤣 selalunya yang simple itu sedap, ada masa kena bersusah sikit untuk sedap. Ape2pun, yang baik dan enak itu datangnya dari Allah, yang kurang itu datangnya dari kelemahan Uchu sendiri..dengan rasa rendah diri..salam kenal dan selamat mencuba!
Baca lagi

Carian Teratas bagi

Komen (6)

Nurul Kefftya
Nurul Kefftya @sambaldope
mewah nyaaa kek batik dia 👏🏻👏🏻👏🏻

Resipi Sepertinya