Balah El-Sham

Ayudi's Kitchen
Ayudi's Kitchen @Ayudi_KitchenAJ
Australia

بلح الشام
Salah satu manisan yang berasal dari pelbagai negara. Dikatakan berasal dari Ottoman Empire. Berbentuk seperti Churros tetapi ianya tidaklah panjang sepertinya. "Balah" bermaksud buah tamar (selalunya yang kering) dan el Sham bermaksud negara² "Levantine" di bahagian Mediterranean.

Balah El-Sham

4 orang bercadang membuatnya

بلح الشام
Salah satu manisan yang berasal dari pelbagai negara. Dikatakan berasal dari Ottoman Empire. Berbentuk seperti Churros tetapi ianya tidaklah panjang sepertinya. "Balah" bermaksud buah tamar (selalunya yang kering) dan el Sham bermaksud negara² "Levantine" di bahagian Mediterranean.

Edit resipi
Lihat statistik
Kongsi
Kongsi

Ramuan

2-5 orang
  1. 1 cawanair
  2. 1/4 cawanminyak sayuran
  3. 1 cawantepung serbaguna
  4. 1 tbsptepung jagung
  5. 1 tspesen vanilla
  6. 3biji telur (saya guna 2)

Cara Memasak

  1. 1

    Panaskan air dan minyak sehingga mendidih. Selepas tu, masukkan tepung serbaguna dan kacau cepat². Tutup api.

  2. 2

    Masukkan juga tepung jagung dan esen vanilla. Gaul sebati. Biarkan sejuk sebentar dalam 5-10 minit. Baru masukkan telur. Dan gaul sebati.

  3. 3

    Masukkan semua bahan ke dalam piping bag dengan nozzle ikut suka anda.

  4. 4

    Panaskan minyak dalam api sederhana. Terus picit piping bag ke dalam kuali dan potong guna gunting. Jangan masuk sekali banyak sebab ianya akan mengembang.

  5. 5

    Macam ni. Goreng sehingga keemasan

  6. 6

    Bila dah goreng, boleh terus siram kan dengan air gula.

  7. 7

    Siap dan boleh dihidangkan. Masa saya buat ni, separuh saya siram air gula, separuh saya drizzle kan dengan madu. Kalau nak makan dengan sos coklat pun boleh. Saya tabur dengan kacang pistachio. Dihidangkan dengan teh merah tanpa gula.

Edit resipi
Lihat statistik
Kongsi

Cooksnap

Anda telah mencuba resipi ini? Kongsikan gambar hasilnya!

Kartun lukisan tangan berwarna kelabu memaparkan kamera dan kuali memasak berserta bintang-bintang di dalamnya
Cook Today
Ayudi's Kitchen
Ayudi's Kitchen @Ayudi_KitchenAJ
pada
Australia
🌸Orang 🇲🇾 duduk 🇦🇺🌸🇲🇾💖🇸🇩🌸Suka memasak, menyulam dan menulis, membaca dan banyak lagi🌸FB Recipe's Page👉🏻 Ayudi Kitchen🌸Cuba update resepi sekerap yang mungkin
Baca lagi

Komen

Resipi Sepertinya