Ikan basung masak dengan buah bambangan muda style Sabahan

Ikan basung masak dengan buah bambangan muda ini tidak kurang popular nya bagi orang2 negeri di bawah bayu(SABAH) 😋 khasnya kaum kadazan/dusun... Tetapi oleh kerana pokok bambangan ini berbuah ikut musim jadi pada musimnya sahaja kita dapat menikmati resipi ikan basung masak dengan buah bambangan muda.Untuk menikmati masakan ini pada bila2 masa sy share tipsnya. Biasanya bila musim pokok bambangan ini berbuah, kita ambil buahnya yg masih belum matang atau belum masak dan bungkus dengan kertas masukkan dlm plastik dan simpan dlm freezeer....
Ikan basung masak dengan buah bambangan muda style Sabahan
Ikan basung masak dengan buah bambangan muda ini tidak kurang popular nya bagi orang2 negeri di bawah bayu(SABAH) 😋 khasnya kaum kadazan/dusun... Tetapi oleh kerana pokok bambangan ini berbuah ikut musim jadi pada musimnya sahaja kita dapat menikmati resipi ikan basung masak dengan buah bambangan muda.Untuk menikmati masakan ini pada bila2 masa sy share tipsnya. Biasanya bila musim pokok bambangan ini berbuah, kita ambil buahnya yg masih belum matang atau belum masak dan bungkus dengan kertas masukkan dlm plastik dan simpan dlm freezeer....
Cara Memasak
- 1
Bersihkan ikan basung dan susunkan dalam periuk
- 2
Buang kulit buah bambangan berserta dengan bijinya dan hiris
- 3
Potong bawang, kunyit dan bunga kantan
- 4
Masukkan bawang putih, kunyit, hirisan buah bambangan dan bunga kantan ke dalam periuk yg disusun dengan ikan basung.. Tuang air dan masak
- 5
Setelah mendidih perasaan dengan sedikit garam. Klu nak tambah rasa boleh tambah dgn aji ya... Kalau sdh masak rasanya asam2 dengan wangi bambangan.. 😋😋
Cooksnap
Anda telah mencuba resipi ini? Kongsikan gambar hasilnya!
Resipi Sepertinya
-
Ampap Ikan Basung Ampap Ikan Basung
Ikan basung atau ikan sardin dan juga ikan selayang adalah ikan yang sama.Disabah dikenali ikan basung.Resepi ampap ini adalah resepi citarasa sabah.Mertua ummi selalu sangat buat masak ampap ikan basung. Ia adalah menu kegemaran keluarga babah. Ummi pun ikut gemar makan ampap ikan basung ini. Rasa ikan basung yang manis dan lemak tu yang buat ia bertambah sedap. Ampap ni lebih kurang sama masak asam rebus tapi kuah agak pekat sedikit dan bahan-bahannya ditumbuk.#MerdekaMonth Citarasa Borneo - Seafood [Week 4] Q'leenalee's Kitchen -
Losun Ikan Masin Losun Ikan Masin
Sayur lokio atau losun bagi masyarakat Kadazan Dusun di Sabah merupakan sayuran yang seakan daun kuchai. Sedap dipadankan dengan ikan masin atau ikan bilis. Sayur ini mudah didapati di pasar tamu. #merdekapassport Mizzanem -
Gulai Nangka Muda Ikan Masin Gulai Nangka Muda Ikan Masin
174/2024 (1726/2K)Bergayut2 nangka kat pokok tepi rumah. Arwah mak yang tanam..masih jadi rezeki buat kami sekeluarga. Dapat share jugak dengan jiran2. Tapi biasanya bila kita tunggu buahnya masak elok kat pokok, jadi rezeki monyet pulak.. 😄 apapun, semoga ada pahala untuk arwah mak.Kuahnya bukan sahaja kunyit dan cili je, tapi Uchu kisar bersama lengkuas dan ikan bilis. Sesimple Loralin -
Jeruk Buah Engkalak Muda Jeruk Buah Engkalak Muda
#CookEveryPart #TumbuhTumbuhanBuah Engkalak ni digelar Avocado Malaysia. Buah Engkalak hanya terdapat di Borneo. Buah Engkalak adalah sejenis buah yang berbentuk bulat dan berwarna hijau muda dan merah jambu apabila matang atau masak. Buah Engkalak juga diklasifikasikan dalam keluarga buah Alpukat, atau Avocado iaitu Lauraceae. Wajarlah, rasa buah Alpukat tidak jauh beza dengan buah Engkalak.Buah Engkalak adalah salah satu makanan tradisional orang Iban. Selain buahnya untuk dimakan, kaum Iban juga menggunakan kulit pokok Engkalak untuk merawat sengatan serangga, bisul, luka bakar, dan juga gigitan ular.Engkalak sangat sesuai untuk diawet dan dimasak, paling popular cara menikmati buah Engkalak ini adalah dengan merendam buah tersebut dalam air suam panas selama 5 minit, ditoskan dan ditabur dengan garam, ada juga dicicah dengan kicap masin dan dinikmati bersama nasi panas. Kulit nya boleh dimakan. Buah Engkalak juga boleh dibuat jeruk menggunakan buah yang belum masak dan larutan garam atau cuka, disimpan selama beberapa hari di tempat sejuk dan kering.Sumber : Nazihah AN https://www.iloveborneo.my/digelar-avocado-malaysia-kenali-buah-engkalak-yang-hanya-terdapat-di-borneo/@limited_edition jom dik join cabaran minggu ni. ❤️ Dapur Yusfarisyia -
Pinarasakan Sada (ikan ampap) Pinarasakan Sada (ikan ampap)
Pinarasakan Sada dalam bahasa kadazan dusun dan Ikan Ampap dalam bahasa Malaysia.Masakan ini sangat popular di Sabah dan sudah di hidang sejak turun-temurun dari nenek moyang. Ingat lagi masa saya masih kanak- kanak , nenek selalu masakan hidangan ini. Resipinya sangat simple dan mudah. Boleh bertambah nasi.Bahan utama ialah ikan, kunyit, takob-akob, halia dan garam.Takob-akob dipanggil dalam bahasa etnik adalah sebiji buah yang mempunyai kulit yang asam dan buah yang manis. Biasanya kulit akan dipisahkan dari buahnya dan dikeringkan.Namun, sekiranya kamu tiada buah ini, kamu boleh juga guna asam jawa atau asam keping.Ikan basung selalu digunakan untuk masakan ini namun kalau tiada basung , boleh seja pakai ikan lain.Kunyit kalau boleh gunakan yang hidup. Kebetulan saya tiada so pakai serbuk sahaja.Asam jawa fresh pun saya tiada so guna yang dari botol 😅sangat nostalgia masakan ini. Selamat mencuba! imel_recipe -
Nangka Masak Lemak Nangka Masak Lemak
#goldenapron2020Pagi tadi tok laki memangkas pokok nangka. Banyak pula nangka berbuah kali ni, rapat-rapat buahnya. Bila tok laki mula aktiviti pemangkasan dapatlah merasa nangka muda. Buah yang terlalu rapat perlu di cantas supaya buah lain boleh membesar. Buat masak lemak nangka muda ni sedap walaupun leceh nak bersihkan nya sebab banyak getah 😬. Syima Yusof -
Kerabu Kedondong Kerabu Kedondong
Pokok Kedondong di belakang rumah tengah berbuah lebat.Alang-alang c.abe petik buahnya (buah muda)untuk dibuat jeruk,k.ha ambillah dalam 1 kilo untuk dibuat kerabu kedondong bersantan.Sengaja buat lebih bolehlah hulurkan semangkuk-dua untuk ipar-duai depan rumah. ha.lim39 -
3:4:25 - SAMBAL GESEK D'KAMPONG BERULAM BUAH PUTAT 3:4:25 - SAMBAL GESEK D'KAMPONG BERULAM BUAH PUTAT
#Syawal200p25Challange#WarnaWarniAidilFitriLama teringin nak makan ulam buah putat ni. Kat rumah ada tanam pokok putat ni cuma tak berbuah. Ni pokok kat kampung alhamdulillah banyak buahnya tercapai lah hajat nak makan buah putat. Sebelum ni makan pucuknya je buat ulam. 2nd raya dah masak nasi, goreng ikan masin Dan lawannya sambal gesek ni lah. Memang kena lah gu nya ni. Hani Shaimi -
Ampap Ikan Basung Ampap Ikan Basung
🧑🍳813/1K🧑🍳✔️Global Apron 2024 Challenge 29: BORNEO FOODCHALLENGE 29: BORNEO FOOD#GlobalApron2024#Challenge29#BorneoFood#AmpapIkanBasungAmpap Ikan basung kegemaran suami dan family mil.Kalau beli ikan basung Mesti mil suruh buat masak Ampap.Cara masak ampap kuah tak banyak dan masuk semua bahan sekaligus tutup periuk dan masak sehingga kuah hampir kering.Ada juga yang ditumis dahulu tapi cara mil dia tak tumis.Memang sedap melajak makan nasi.#IKANSEGAR (repeat)#KUNYIT#HALIA(repeat)#CILIPADI(repeat)#SERAI (repeat) Q'leenalee's Kitchen -
Sambal buah KUINI Sambal buah KUINI
Kawan yg bagi buah Kuini ni 😅Pokok sendiri bila jew berbuah kita lak yg berebut dengan cik Sandy 🐿 .. mmg tak merasa laa 🥴. Kejap kejap hilang xsempat masak … hari ini KakNet buat sambal yg mudah sangat . Cuba laa yea nanti 😘👍🏼 sedapppp Netie Rose Oven -
Kerabu Mangga Muda Kerabu Mangga Muda
Munirah duk sembang pasal kerabu buat kita terliur. Nasib ada seketul mangga atas pokok. Hehe 🤩. #MCO2020 #dudukrumah #stayathome Shud -
Salad Mangga Bersama Ikan Selayang Goreng Salad Mangga Bersama Ikan Selayang Goreng
Menu untuk tengahari tadi, ada ikan selayang di dalam freezer. Ada buah nanas yang ditanam nampak hampir masak. Secara kebetulan sebiji buah mangga muda jatuh ke tanah sewaktu saya tengah memetik buah nanas tadi. Pokok mangga tepi rumah tak perasan ada yang berbuah kerana buah-buah nya terlindung di celah-celah daun. Terlintas di fikiran nak membuat salad mangga Thai tetapi ayam pula takde. Takpe, kita yang buat dia kan? Dapur Yusfarisyia
Lebih Banyak Resipi
Komen (4)