Kuih Mochi

Jenny Anthony
Jenny Anthony @janedompuran160870
Penampang Sabah

Mochi merupakan sejenis kuih Jepun(asalnya) yang dibuat dari tepung beras pulut diaduk dan dikukus sehingga menjadi doh yang lembut dan liat, lalu dibentuk menjadi bulat. Di Jepun kuih ini selalu dihasilkan dan dijamah sewaktu sambutan perayaan tradisional Mochitsuki atau perayaan tahun baru Jepun. Tetapi pada masa kini jenis kuih ini dijual dan boleh didapati di kedai2 kuih pada bila2 masa.

Kuih Mochi

Mochi merupakan sejenis kuih Jepun(asalnya) yang dibuat dari tepung beras pulut diaduk dan dikukus sehingga menjadi doh yang lembut dan liat, lalu dibentuk menjadi bulat. Di Jepun kuih ini selalu dihasilkan dan dijamah sewaktu sambutan perayaan tradisional Mochitsuki atau perayaan tahun baru Jepun. Tetapi pada masa kini jenis kuih ini dijual dan boleh didapati di kedai2 kuih pada bila2 masa.

Edit resipi
Lihat statistik
Kongsi
Kongsi

Ramuan

  1. Kulit mochi
  2. 400 gramtepung beras pulut(disangai sekejap)
  3. 40 gramtepung beras (disangai sekejap)
  4. 70 gramtepung jagung(disangai sekejap)
  5. 200 gramgula pasir
  6. 350 mlair/santan kelapa
  7. 150 mlsusu penuh krim
  8. 120 grammentega
  9. 1 sudu tehgaram halus
  10. Pewarna (putih, merah jambu dan hitam sy ikut temanya😆

Cara Memasak

  1. 1

    Masukkan tepung pulut di dlm mangkuk adunan bersama tepun beras dan mentega. Adun rata

  2. 2

    Campurkan gula, susu dan air/santan gaul sehingga larut

  3. 3

    Kemudian tuang dalam mangkuk berisi campuran tepung tadi. Gaul rata hingga menjadi doh lembu(tidak terlalu cair atau keras)

  4. 4

    Bahagikan adunan kepada tiga bahagian. Setiap satu bahagian dgn warna merah jambu, hitam dan warna asal adunan tepung putih. Gaul rata supaya adunan sebati.

  5. 5

    Kemudian kukus antara 25 - 30 minit dalam pengukus yg sudah sedia dipanaskan

  6. 6

    Setelah masak biarkan sejuk sedikit

  7. 7

    Untuk intinya sy menggunakan inti Ready made iaitu inti kacang hitam beli di kedai bakery or supermarket. Ambil sedikit kulit mochi lalu leper kan. Pastikan telah disapu sedikit dengan tepung jagung supaya tak melekat dan senang bentuk

  8. 8

    Letakkan inti ditengahnya dan bulatkan

  9. 9

    Kemudian golekkannya di atas tepung jagung y telah disangai. Kuih mochi sedia dihidang..

Edit resipi
Lihat statistik
Kongsi

Cooksnap

Anda telah mencuba resipi ini? Kongsikan gambar hasilnya!

Kartun lukisan tangan berwarna kelabu memaparkan kamera dan kuali memasak berserta bintang-bintang di dalamnya
Cook Today
Jenny Anthony
Jenny Anthony @janedompuran160870
pada
Penampang Sabah
Cook with love❤️💕
Baca lagi

Komen (2)

Resipi Sepertinya