Sambal krisik udang

Che Zie
Che Zie @chezie07

Ingin merasai kelainan maka terhasilah sambal kerisik udang. Memang sedap dan rasa kelainan yang tak henti² bila makan. Hidangan ini untuk keluarga kecil tapi kalau nak buat banyak boleh ubah bahan²nya. Masakan ni mmg ringkas dan tak perlu banyak bahan.

Sambal krisik udang

Ingin merasai kelainan maka terhasilah sambal kerisik udang. Memang sedap dan rasa kelainan yang tak henti² bila makan. Hidangan ini untuk keluarga kecil tapi kalau nak buat banyak boleh ubah bahan²nya. Masakan ni mmg ringkas dan tak perlu banyak bahan.

Edit resipi
Lihat statistik
Kongsi
Kongsi

Ramuan

30 minit
5 orang
  1. 15ekor udang
  2. 10tangkai cili kering
  3. 1biji bawang holand
  4. 3biji bawang merah kecil
  5. 4 ulasbawang putih
  6. 1 batangserai gemok @ 3 batang serai yg kecil
  7. 2sudu besar kerisik

Cara Memasak

30 minit
  1. 1

    Blend bahan tumisan cili kering, bawang holand, bawang merah kecil, bawang putih.

  2. 2

    Masak cili yang dah blend masukkan sedikit air baki blen cili tadi. Masak sehingga pecah minyak. Masak udang ni tak perlu air banyak. Tapi ni pilihan nk kering atau nk basah.

  3. 3

    Selepas tumisan hampir kering masukkan udang masak sehingga sebati. Masukkan garam dan gula @ boleh letak perisa.

  4. 4

    Masak udang sekejap kemudian masukkan kerisik untuk naikkan lemak pada udang dan sambal tadi.

  5. 5

    Siap hidangan sambal kerisik udang. Selamat mencuba

Edit resipi
Lihat statistik
Kongsi
Cook Today
Che Zie
Che Zie @chezie07
pada
Saya suka memasak dan suka kumpul pelbagai resepi. Selalu resepi saya tidak pernah mengecewakan. Kebanyakkan resepi saya buat untuk berniaga. Jadi klu sesiapa nak guna untuk berniaga tiada masalah. Setiap sajian saya semua saya letak tajuk Dari Dapur Mama Pinky.😍
Baca lagi

Komen

Resipi Sepertinya