Sweet And Sour Red Snapper Fish 🇨🇳

#cppassport China
Hari ini anak saudara suami yang berusia 12 tahun datang ke rumah dan berbuka puasa bersama. Walaupun usia nya sudah pun mencapai 12 tahun tetapi saiz badan nya masih lagi kecil seperti budak-budak dalam darjah 3 atau 4. Memandangkan dia tak berapa tahan dengan masakan pedas, saya kurangkan kepedasan di dalam semua masakan saya pada hari ini. Hehe.. kesian pula tengok dia berpeluh-peluh makan yang pedas walapun dia bagitau dia boleh makan pedas (bohong sunat 🤭)
Inspirasi dari masakan Cina Hunan, saya olahkan dengan bahan-bahan yang ada je. Saya juga mengikut teknik membuang tulang ikan dari Dapur Chef Husnil supaya senang untuk dimakan nanti.
Sweet And Sour Red Snapper Fish 🇨🇳
#cppassport China
Hari ini anak saudara suami yang berusia 12 tahun datang ke rumah dan berbuka puasa bersama. Walaupun usia nya sudah pun mencapai 12 tahun tetapi saiz badan nya masih lagi kecil seperti budak-budak dalam darjah 3 atau 4. Memandangkan dia tak berapa tahan dengan masakan pedas, saya kurangkan kepedasan di dalam semua masakan saya pada hari ini. Hehe.. kesian pula tengok dia berpeluh-peluh makan yang pedas walapun dia bagitau dia boleh makan pedas (bohong sunat 🤭)
Inspirasi dari masakan Cina Hunan, saya olahkan dengan bahan-bahan yang ada je. Saya juga mengikut teknik membuang tulang ikan dari Dapur Chef Husnil supaya senang untuk dimakan nanti.
Cara Memasak
- 1
Ikan dibuang sisik dan dibuang tulang nya. Teknik untuk membuang tulang boleh rujuk di resipi Siakap Stim Teochew dari Cookpader Dapur Chef Husnil. https://cookpad.wasmer.app/my/recipes/13234581-siakap-stim-teochew Lumurkan garam, kunyit dan tepung jagung dan perap 15 minit.
- 2
Panaskan minyak dan goreng hingga kekuningan. (Maaf dalam gambar ini saya mengguna kuali yang agak kecil. Kuali besar saya masih lagi di rumah mak mertua terlupa nak ambil).
- 3
Ambil sesenduk minyak gorengan ikan tadi dan tumis serai dan bahan hiris hingga naik bau dan sedikit kekuningan. Masukkan bahan-bahan perasa. Perasakan ikut selera masing-masing. Kacau rata.
- 4
Masukkan capsicum merah, capsicum kuning, bawang holland dan mempelam. Kacau rata, masukkan tomato dan gaul sebati. Tutupkan api, sediakan ikan di dalam pinggan dan curahkan bahan kuah di atas nya. Tabur daun ketumbar.
- 5
Sedia untuk dihidangkan.
Resipi Sepertinya
-
Sos Crab Rangoon (Thai Sweet Chili Sauce) Sos Crab Rangoon (Thai Sweet Chili Sauce)
Sos cili manis, dikenali sebagai nam chim kai di Thailand, ialah perasa sos cili yang popular dalam masakan Thai, Afghan, Malaysia dan Barat. Ia biasanya dibuat dengan lada/cili merah, cuka wain beras, kadangkala bawang putih, kadangkala sos ikan dan bahan pemanis seperti buah atau gula halus atau madu. Sumber : Wikipedia Dapur Yusfarisyia -
Talapia sweet sour Talapia sweet sour
Hari ini memang dah beberapa buah kedai suami saya pergi cari buah tomato dan daun ketumbar/daun bawang, rata-rata kehabisan stok. Kalau ada pun memang dah tak berapa elok lagi. Lain pula nak beratur di luar kedai tunggu giliran, dah lah tempat parkir pun susah nak dapat. Akhir nya suami pulang dengan hampa. Nak masak ikan sweet sour. Apa yang ada kat dapur saya manfaatkan. Hasilnya tidak lah mengecewakan. #goldenapron2020 Dapur Yusfarisyia -
Ikan Gerang Asam (Spicy & Sour Fish Curry) Ikan Gerang Asam (Spicy & Sour Fish Curry)
#MerdekaPassportGerang Asam ialah salah-satu masakan tradisi kaum Baba Nyonya Melaka.Nampak sama dengan masakan Asam Pedas tetapi rasanya berbeza.Ada rasa lemak dari Buah Keras yang dimasukkan bersama ke dalam bahan-bahannya.:Inspirasi resepi Azian Hassan. ha.lim39 -
Nasi Minyak Mudah Seadanya Nasi Minyak Mudah Seadanya
Nasi minyak memang sentiasa ada di waktu perayaan dan majlis perkahwinan. Kalau kena pulak dengan lauk pauk nya, memang mahu bertambah-tambah jadi nya.Kalau sudah tajuk nya Nasi Minyak Mudah Seadanya, bermakna guna bahan-bahan yang seadanya sahaja. 🤭Sewaktu Lailer dan Jekfer sedang rancak “bervideo call” , Yummy tetibe bagitau kepada Lailer yang dia teringin nak makan nasi minyak seperti di majlis perkahwinan Lailer dan Jekfer yang lalu. Jekfer pun teringin juga kerana sewaktu majlis persandingan yang lalu Jekfer sudah kepenatan dengan semua atur cara majlis hinggakan selera makan nya jadi terganggu. Ye la kan kalau tak ikut atur cara tu nanti mak mertua nya (Mona) marah sebab mak mertua nya mahukan kesempurnaan pada majlis itu. Jadi Lailer pun telefon kepada mak mertua nya kerana mak mertua nya memang pandai memasak. Mak mertua nya mengajar Lailer dan Lailer olah resipi itu dengan bahan yang seada nya, kerana sekarang ni memang payah nak bergerak “ke sana ke sini” nak mencari bahan-bahan. Dapur Yusfarisyia -
Ikan sweet and sour Ikan sweet and sour
Konon2 nya mau potluck UTK piknik di pantai kemarin,sekali nya ndak jadi pulak so buat makan2 anak beranak jak lah..sempena awal tahun 2021..saya masak resipi ni sebagai pembukaan UTK alaf 2021 Aimi_Anaqi💖 -
Sweet And Spicy Dory Fish Sweet And Spicy Dory Fish
Inspirasi dari @hnm2110cookTak ada stok timun Jepun..tapi kit buh apa yang ada je.. FZ Adzlin -
Bawal emas sweet sour Bawal emas sweet sour
Bahan apa yang ada saja lah.Tomato sos tak da, tomato buah pun tak ada,.baby corn tak ada. Ini semua bahan yang biasa saya letak dalam menu sweet Sour saya. Nasib ada plum sos sebagai ganti. Apa-apa pun kami tetap layan laju je makan lauk ni.#CookEveryPart3 Hani Shaimi -
Pucuk Manis Goreng Telur Pucuk Manis Goreng Telur
Pucuk manis atau cekur manis ni kalau di Sarawak dipanggil cangkuk manis. Lain tempat lain nama panggilan nya. Saya banyak tanam batang pucuk manis ni, senang nak hidup tak banyak karenah penjagaan nya. Yang pelik nya sekali pun saya tak pernah ambil untuk dimasak sendiri, beli je. Kadang tu daun nya sampai jadi tua sebab tak pernah diambil. Melihat daun nya jadi tua, mak mertua dan jiran-jiran selalu minta untuk dimasak. Setiap kali dipatah batang nya akan keluar la dahan dan daun-daun yang baru. Hari ini “hari dalam sejarah” saya ambil untuk digoreng bersama telur. Dapur Yusfarisyia -
Sayur campur kering Sayur campur kering
#minggu13#goldenapron2020#cookpadmalaysiaResepi ini diolah oleh anak teruna saya yang berusia 5tahun..dia punggah bahan-bahan yang ada..semua ini dipantau oleh saya..adalah terhangit sedikit tapi boleh la untuk standard budak 5 tahn Nur Hani Yahaya -
Ikan kerapu sweet sour Ikan kerapu sweet sour
Resepi ini sangat simple,saya guna bahan apa yang ada di dapur sahaja☺#goldenapron2020 Munirah Hanim -
Sweet and Sour Prawn 🍤 Sweet and Sour Prawn 🍤
Resipi dari tok mi dan hidangan kesukaan family saya. Rafida -
Korean Fried Chicken (Yangnyeom Sweet & Spicy Sauce) 🇰🇷 Korean Fried Chicken (Yangnyeom Sweet & Spicy Sauce) 🇰🇷
Siapa tak suka makan Ayam Goreng Korea yang pedas manis? Di rumah saya sendiri termasuk saya pun suka. Anak-anak saya lagiiiii sukaaa. Lagi pedas lagi la mereka suka. Saya dan suami suka makan pedas tapi tak boleh tahan makan ramen yang pedas tu. Memang surrender tahap kepedasan nya tu.Bila tengok resipi Korean Fried Chicken (Yangnyeom Sweet & Spicy Sauce) @kanaaneko ramai yang dah cuba dan puji kata sedap. Malah rasa nya paling hampir seperti rasa resipi asal di Korea. Malah suami MinKana sendiri pun puji kata sedap seperti ayam goreng yangnyeom pedas dan manis. Tahap kepedasan nya pun cun. Siapa nak lebih pedas boleh tambah sos gochujang. Jadi saya pun tak nak ketinggalan mencuba resipi HOF ni. Memang 👍👍👍#WAJIBcooksnap Dapur Yusfarisyia
Lebih Banyak Resipi
Komen (4)