Nasi Ayam Penyet Simple 🇮🇩

Munirah Hanim
Munirah Hanim @cook_ideaMun
Kelantan

Jom try nasi ayam penyet simple ini, cepat dan sedap😄 🇮🇩
#cppassport

Kongsi

Ramuan

1 Jam
8 Orang
  1. Ayam Penyet
  2. 1Ekor ayam (potong 4 bahagian)
  3. 6Biji bawang merah
  4. 5 ulasBawang putih
  5. 1 1/2sudu biji ketumbar
  6. 1sudu kecil lada hitam
  7. 1sudu kecil lada hitam
  8. 3 Batangserai
  9. 3 cmHalia
  10. 2 cmLengkuas
  11. 3 cmkunyit hidup
  12. 1 1/2sudu Serbuk Kari
  13. 1paket kecik tempe dan tauhu (potong mengikut citarasa)
  14. Sambal Ayam Penyet
  15. 20Biji cili api Merah
  16. 10Biji Cili api hijau
  17. 3biji tomato (Potong 4)
  18. 4biji bawang merah
  19. 4 ulasbawang putih
  20. 1 sudu tehBelacan
  21. 1 sudu tehgaram
  22. 2 sudu tehgula
  23. Sedikitsecukup rasa

Cara Memasak

1 Jam
  1. 1

    AYAM PENYET: Basuh bersih ayam yang di potong 4 dan di rebus sparuh masak (ketuk 5 biji bawang putih dan 2 inci halia dan sedikit garam) # air rebusan boleh jdikan sup kosong tidak perlu di buang tinggal perasakan sahaja

  2. 2

    Kisar semua bahan perapan ayam

  3. 3

    Gaul dan perap ayam selama 1-2 jam (Gaul bersama tempe dan tauhu sekali). kemudian gorengkan dengan minyak panas,last goreng bumbu nya sekali

  4. 4

    SAMBAL PENYET : Panaskan minyak dan gorengkan semua bahan tersebut dengan api sederhana

  5. 5

    Kemudian lenyetkan pakai lesung dan setelah selesai lenyetkan,masukan 1/2 senduk minyak panas (gorengan sambal tdi),letak garam,gula,secukup rasa dan kacau rata.siap!

  6. 6

    Tambahan : SUP KOSONG
    - Gunakan air rebusan ayam tadi, perasakan sahaja dengan sedikit garam dan secukup rasa,kemudian tabur bawang merah goreng + daun bawang+daun sup. Siap

Edit resipi
Lihat statistik
Kongsi
Cook Today
Munirah Hanim
Munirah Hanim @cook_ideaMun
pada
Kelantan
saya merupkan student di institusi awam, dalam bidang kaunseling, memasak merupakan hobi dan therapy dalam diri saya.
Baca lagi

Komen

Resipi Sepertinya