Kek Sarang Semut@Anai-anai

BroYein
BroYein @AzeRein

Resepi asal dari seorang YouTubers dan sedikit sebanyak telah di olah oleh saya sendiri

Kek Sarang Semut@Anai-anai

Resepi asal dari seorang YouTubers dan sedikit sebanyak telah di olah oleh saya sendiri

Edit resipi
Lihat statistik
Kongsi
Kongsi

Ramuan

45-50 min
4-6 orang
  1. 3biji Telur saiz B
  2. 15 tbspGula Pasir (250g)
  3. 250 mlAir Panas
  4. 8 tbspTepung Ubi Kayu(80g)
  5. 8 tbspTepung Gandum(80g)
  6. 6 tbspSusu Pekat Manis (80g)
  7. 9 tbspMargerin (70g)
  8. 1 tspBaking Soda
  9. 1 tspBaking Powder
  10. 1 tspvanilla essence
  11. 1 tspSerbuk Koko(additional)
  12. Adunan Tepung diayak sekali semua

Cara Memasak

45-50 min
  1. 1

    Cairkan gula supaya jadi Karamel dan masukkan air panas perlahan-lahan kacau sampai mendidih dan berbuih. Sejukkan dulu.

  2. 2

    Cairkan Marjerin

  3. 3

    Pecahkan telur kacau lembut sehingga sekata

  4. 4

    Masukkan susu pekat manis kedalam adunan dan sedikit Essence vanilla kacau sehingga sebati

  5. 5

    Masukkan Tepung Kedalam adunan. Tips nk bagi senang kacau dari tengah-tengah

  6. 6

    Masukkan pula Marjerin ke dalam adunan dan masukkan gula Karamel sedikit demi sedikit kacau sehingga semua sebati

  7. 7

    Tapis adunan itu tadi dan perap 2@3 jam

  8. 8

    Bila adunan dah ready bakar pada suhu 150°©
    -Untuk 20 minit pertama pakai api bawah sahaja
    -Untuk Minit yang seterusnya pakai api atas dan bawah sehingga masak.

  9. 9

    Bila dah masak boleh la dihidang dan makan bersama-sama keluarga

Edit resipi
Lihat statistik
Kongsi
Cook Today
BroYein
BroYein @AzeRein
pada
Baru cuba cuba bertapak
Baca lagi

Komen (34)

Ani Delighted
Ani Delighted @Rohani_mZain
Terima kasih AzeRein share kek sarang semut@ anai-anai
Akak dah buat . Memang kenyal@ gedik. 👏#love

Resipi Sepertinya