Roti Jala Jelita Vanila Coklat

Julia ALeen Aireish
Julia ALeen Aireish @JuliaAA_merecik

Siap sudah😁... No kuah kari No kuah durian
Biasalah, mak ni kalau buat apa-apa menu ikut apa anak suka makan.. Mama abah tompang sekaki aje.. hati teringin nak buat warna-warni tapi yang nak makannya macam tak berapa suka, kita ubah bahan sikit..😅

Roti Jala Jelita Vanila Coklat

Siap sudah😁... No kuah kari No kuah durian
Biasalah, mak ni kalau buat apa-apa menu ikut apa anak suka makan.. Mama abah tompang sekaki aje.. hati teringin nak buat warna-warni tapi yang nak makannya macam tak berapa suka, kita ubah bahan sikit..😅

Edit resipi
Lihat statistik
Kongsi
Kongsi

Ramuan

  1. 3 cawantepung gandum
  2. 1 cawankrimer sejat CARNATION
  3. 2 cawanair
  4. 1/2sudu kecil garam halus
  5. 1biji telur
  6. 2sudu besar minyak masak
  7. 2 sudu makansusu tepung
  8. 1sudu kecil esen vanila
  9. 2 sudu makanserbuk koko
  10. 1sudu kecil coklat emulco
  11. Sos coklat mudah cara saya :
  12. 250 gmcoklat masakan (milk chocolate)
  13. 1/8 cawanminyak masak

Cara Memasak

  1. 1

    Satukan tepung gandum, krimer sejat, air, telur, minyak masak, garam halus di dalam blender/pengisar, blender hingga halus dan tercampur. Pastikan semasa mengisar ada pusingan pusat sebesar jari telunjuk di tengah adunan. Itu tandanya adunan telah cantik dan sedia digunakan.

  2. 2

    Bahagikan kepada dua bahagian, satu bahagian letak susu tepung bersama dengan esen vanila, pastikan elok tercampur tidak berketul.

  3. 3

    Satu bahagian lagi, serbuk koko dibancuh dengan sedikit sahaja air panas tidak perlu cair. Kemudian masukkan ke dalam adunan tadi bersama dengan coklat emulco kacau hingga sebati.

  4. 4

    Masukkan ke dua-dua bahagian adunan ke dalam botol roti jala berasingan, mulalah menjala di dalam kuali non-stick. Saya buat dwi part, sebelah vanila sebelah coklat. Apabila permukaan roti jala elok kering angkat dan gulung dengan kemas, buat hingga adunan habis.

  5. 5

    Untuk sos coklat, satukan coklat masakan dengan minyak masak double boiler hingga coklat cair, dikacau sebati siap.

  6. 6

    Cara hidangan roti jala vanila coklat dimakan bersama dengan sos coklat.

  7. 7

    Nota :
    ✅ Bancuhan adunan mesti tidak begitu cair, boleh tambah tepung sedikit-sedikit jika ianya cair. Tipsnya ada dikongsikan di cara-cara no. 1 di atas ok.

Edit resipi
Lihat statistik
Kongsi
Cook Today
Julia ALeen Aireish
Julia ALeen Aireish @JuliaAA_merecik
pada
Dapur MerecikFollow saya di CookPadFollow FB Julia Aleen AireishFollow IG julia_aleenaireishSuka up macam-macam resipiMasak dengan penuh kasih sayang baru merecik
Baca lagi

Komen (4)

Ani Delighted
Ani Delighted @Rohani_mZain
Seronok pula menjala. Macam bentuk boleh dihasilkan.

Resipi Sepertinya