Telur dadar Sepanyol @ Spanish omelette

Karl
Karl @karl_0415
Kuching, Sarawak

Malam tadi tengok perlawanan bola sepak Euro. Sepanyol menang 5-3 menentang Croatia. Cari ilham masakan dari Sepanyol di internet, terus cuba resepi ini.

Telur dadar Sepanyol @ Spanish omelette

Malam tadi tengok perlawanan bola sepak Euro. Sepanyol menang 5-3 menentang Croatia. Cari ilham masakan dari Sepanyol di internet, terus cuba resepi ini.

Edit resipi
Lihat statistik
Kongsi
Kongsi

Ramuan

45 minit
2-3 orang
  1. 3biji kentang
  2. 1biji bawang besar
  3. 4biji telur
  4. sedikitminyak masak
  5. sedikitgaram

Cara Memasak

45 minit
  1. 1

    Kupas kulit kentang dan potong setebal lebih kurang 3mm. Potong bawang besar.

  2. 2

    Panaskan kuali dan masukkan sedikit minyak masak. Kalau ada olive oil lebih baik. Selepas minyak panas, masukkan bawang besar dan kentang. Kacau dan masakkan untuk lebih kurang 10-15 minit.

  3. 3

    Pecahkan telur ke dalam mangkuk. Toskan gorengan bawang dan kentang tadi dan masukkan ke dalam mangkuk. Tambah sedikit garam, lebih kurang sesudu kecil, dan biarkan campuran sebentar untuk 15 minit

  4. 4

    Panaskan kuali dan letakkan sedikit saja minyak. Goreng campuran.

  5. 5

    Untuk alihkan gorengan, gunakan pinggan. Letakkan pinggan secara terbalik di atas kuali. Bahagian atas gorengan tadi akan berada di mengadap bawah pinggan. Boleh masukkan kembali ke dalam kuali dan kali ini bahagian atas akan dimasak. Ulang sekali lagi sehingga masak.

  6. 6

    Siap untuk dihidangkan untuk sarapan. Sedap juga jika hidangan dimakan ketika sudah sejuk.

Edit resipi
Lihat statistik
Kongsi
Cook Today
Karl
Karl @karl_0415
pada
Kuching, Sarawak
Ceburi memasak ketika MCO
Baca lagi

Resipi Sepertinya