Laksa Johor

Nur Azliani Amer
Nur Azliani Amer @puanyani
Melaka

#goldenapron #minggu12

Minggu ini lambat juga Yani submit resipi goldenapron. Mungkin sebab terlalu sibuk dengan urusan lain, sampai tiada idea nak masak apa. Semalam kebetulan pula perlawanan bola sepak antara negeri Johor dan Kedah yang mana keputusan akhir berpihak ke atas Johor yang memenangi gol sebanyak 3-0... Tak kisah pun pasal bola sebab Yani kira mix dari Ayah yang asal Johor & Mak yang asal dari Kedah...So Yani pun terfikir🤔🤔🤔 bagus juga ni...Sempena bola menang ni, Yani masak resipi Laksa. Laksa Kedah tu sangat disukai oleh Yani, memang kerap la masak bila teringin tapi Laksa Johor pula inilah pertama kali Yani cuba memasaknya sendiri. Biasanya Yani akan dapat makan Laksa Johor, jika mak saudara yang buat. Oklah, sempena Johor menang bola, Yani pun masakkan hidangan negeri kelahiran Yani hari ni. Jom masak!

Laksa Johor

4 orang bercadang membuatnya

Edit resipi
Lihat statistik
Kongsi
Kongsi

Ramuan

1 jam
6 orang
  1. Bahan A: Kuah
  2. 500 gramikan tenggiri (direbus, ambil isi & dikisar)
  3. 1 literair (untuk merebus ikan)
  4. 400 mlsantan kotak
  5. 60 mlminyak masak
  6. 2 sudu makanasam jawa
  7. 50 gramdaun kesum (dikisar halus)
  8. 40 gramudang kering (direndam & dikisar)
  9. Bahan B: Pes
  10. 2 sudu makanketumbar (dikisar)
  11. 1 sudu makanjintan manis (dikisar)
  12. 2 sudu makanserbuk kari ikan
  13. 2 sudu makanserbuk cili
  14. Bahan C: Kisar
  15. 6 ulasbawang merah
  16. 5 ulasbawang putih
  17. 2 sudu tehlada hitam
  18. 1 sudu makangaram
  19. 2 sudu makangula
  20. Bahan D: Mee & Ulam-Ulaman
  21. 5 batangkacang panjang (dihiris halus)
  22. 10 gramtaugeh (dicelur)
  23. 2biji telur rebus (dibelah 4)
  24. 5biji limau kasturi (dibelah 2)
  25. 2biji cili merah (dihiris)
  26. 5biji bawang merah (dihiris)
  27. 1biji timun (disagat / dihiris nipis memanjang)
  28. 500 gramspageti (direbus hingga lembut)

Cara Memasak

1 jam
  1. 1

    Bersihkan ikan tenggiri. Kemudian direbuskan bersama 1 liter air sehingga mendidih. Kemudian toskan ikan. Air rebusan disimpan untuk memasak kuah laksa. 🤓Info tambahan: Laksa Johor bahan asasnya boleh menggunakan ikan kembung, ikan tenggiri atau ikan parang.

  2. 2

    Kisarkan bahan-bahan yang perlu dikisar ditambah dengan air rebusan ikan sedikit untuk memudahkan mesin pengisar mengisar. Kemudian panaskan minyak & tumis bahan kisar sehingga berbau harum. Seterusnya masukkan bahan pes dan kacau sehingga terbit minyak.

  3. 3

    Masukkan santan dan kacau perlahan.

  4. 4

    Masukkan isi ikan yang telah direbus & dikisar bersama baki air rebusan ikan. Masukkan juga asam jawa. Rasa garam & gula, jika kurang boleh la ditambah mengikut kesukaan. Masak hingga mendidih & tutup api memasak.

  5. 5

    Di periuk lain, rebuskan spageti sehingga masak & toskan spageti. Lalukan di bawah air untuk menghentikan proses memasak. 🤓Tips: Untuk spageti lembut, boleh masukkan satu sudu makan minyak masak & satu sudu teh garam.

  6. 6

    Selamat menjamu selera🤗. Kuah dihidangkan bersama Spageti dan ulam-ulaman.

Edit resipi
Lihat statistik
Kongsi

Cooksnap

Anda telah mencuba resipi ini? Kongsikan gambar hasilnya!

Kartun lukisan tangan berwarna kelabu memaparkan kamera dan kuali memasak berserta bintang-bintang di dalamnya
Cook Today
Nur Azliani Amer
pada
Melaka
Jika emosi tak baik, makanan adalah terapi terbaik untuk gembira kembali🤗, itulah saya🤭
Baca lagi

Komen

Resipi Sepertinya