🍗Ayam Percik Susu Sejat-Resipi Berpantang

mamy_kitchen89
mamy_kitchen89 @Mamy_Nurul
Johor Bharu Malaysia

Asal ayam percik Kelantan guna santan...

tapi santan mamy xboleh makan lagi..
tukarkan jer guna susu sejat @ susus fresh😁

nak makan sangat kann..
walaupun kesihatan tak berapa mengizinkan

tapi buat jugak simple2..
anak2 pun suka sangat..alhamdullilah..

bagi yang alahan jangan dicuba,tanya dulu doctor kawan2..😊

🍗Ayam Percik Susu Sejat-Resipi Berpantang

Asal ayam percik Kelantan guna santan...

tapi santan mamy xboleh makan lagi..
tukarkan jer guna susu sejat @ susus fresh😁

nak makan sangat kann..
walaupun kesihatan tak berapa mengizinkan

tapi buat jugak simple2..
anak2 pun suka sangat..alhamdullilah..

bagi yang alahan jangan dicuba,tanya dulu doctor kawan2..😊

Edit resipi
Lihat statistik
Kongsi
Kongsi

Ramuan

30minit
2-3orang
  1. Bahan A(perapan)
  2. 3ketul ayam(direbus dahulu dengan sedikit garam)
  3. 2biji bawang merah-kisar**
  4. 1inci halia-kisar**
  5. Bahan B (kuah)
  6. 6biji bawang merah-kisar
  7. 3 ulasbawang putih-kisar
  8. 1inci halia-kisar
  9. 1 kepingasam keping(kecil)
  10. 1 cawansusu sejat
  11. 2sb tepung gandum
  12. 1 batangserai - dititik
  13. garam gula secukup rasa

Cara Memasak

30minit
  1. 1

    Mula-mula rebus ayam tambah sedikit garam sehingga masak(air agak-agak tengelam ayam sahaja)

  2. 2

    Bila dah masak ketepikan

  3. 3

    Kisarkan bahan bertanda ** sehingga hancur kemudian toskan ayam tadi,guna mangkuk lain perapkan seketika bersama bahan kisar

  4. 4

    Panaskan kuali,masukkan minyak zaiton,sapu guna tisu dapur kemudian masukkan ayam ke dalam kuali sementara tunggu sedikit kulit keperangan buat kuah nya

  5. 5

    Masukkan semua bahan B ke dalam kuali yang lain buka api kacau sebati,bila sedikit memekat boleh rasa masin manis nya

  6. 6

    Kemudian kuah dicurahkan sedikit demi sedikit ke atas ayam yang sudah keperangan

  7. 7

    Kemudian terbalik ayam bakar lagi sehingga keperangan kemudian curahkan kuah tadi sedikit demi sedikit

  8. 8

    Tak perlu lama bakar,sebab ayam dah masak,kita bakar hanya nak kan tekstur kulitnya ala bakar dapur arang

  9. 9

    Siappp..angkat susun dalam pinggan curahkan semua kuah tadi ke atas ayam..selesai sedia untuk di hidang

Edit resipi
Lihat statistik
Kongsi
Cook Today
mamy_kitchen89
mamy_kitchen89 @Mamy_Nurul
pada
Johor Bharu Malaysia
35yO||Mom's to 4 KiddosssCooking Maniac! 🇲🇾💚Cookpaders Since 2020💚SALAM KENAL SEMUA...Mamy masak apa???👇👇👇-Kek,Roti,Biskut & Pastry-Lauk - Pauk (Ayam,Daging & Seafood)-Pencuci Mulut (Pelbagai)-Makanan Bayi (6Bulan dan ke atas)-Kuih - Muih (Pelbagai)- Malay Food- Indian Food 🇮🇳- Pakistani Food 🇵🇰- Thai Food 🇹🇭(international) 😍🍲Apa mamy masak untuk keluarga dengan kasih sayang!inshAllah kalau kena selera boleh cuba resipi super simple oleh mamy ya😉TQ 🥰 Syukriya 😍
Baca lagi

Carian Teratas bagi

Komen (4)

Sesimple Loralin
Sesimple Loralin @Uchu
Hamboii..berpantang hari keberapa dah nurul? Bukan main semua menu pantang dia..

Resipi Sepertinya