👩‍🍳Sotong Goreng Kunyit Daun Kari

Mahadiah
Mahadiah @dapurdee
Kuala Lumpur, Malaysia

Ada dua jenis daun digabung dalam resipi ini iaitu daun kari dan daun limau purut. Kedua2 daun ini memberi rasa sama kuat didalam gorengan ini. Memang sedap!

👩‍🍳Sotong Goreng Kunyit Daun Kari

Ada dua jenis daun digabung dalam resipi ini iaitu daun kari dan daun limau purut. Kedua2 daun ini memberi rasa sama kuat didalam gorengan ini. Memang sedap!

Edit resipi
Lihat statistik
Kongsi
Kongsi

Ramuan

30 minit
4 orang
  1. 3ekor sotong saiz besar- potong bulat
  2. Kunyit
  3. Garam
  4. 1/2biji bawang Holland- potong bulat
  5. 3cili padi
  6. 4 helaidaun limau purut
  7. 1/2st serbuk cili
  8. 1/2st maggie secukup rasa
  9. 2tangkai daun kari

Cara Memasak

30 minit
  1. 1

    Bersihkan sotong; potong bulat.
    Gaul sotong dengan garam dan kunyit.
    Perap sekejap.Ketepikan.

  2. 2

    Panaskan kuali, masukkan sotong. Masak seketika sehingga air sotong keluar.

    Letak sedikit minyak dalam kuali yang sama; masukkan serbuk cili ;masukkan sotong tadi; gaul sebati.

    Masukkan bawang,cili api, daun kari,daun limau purut,maggie secukup rasa; sambung goreng hingga sebati.Kacau rata. Tutup api. (Jangan terlebih masak nanti sotong liat).

  3. 3

    Siap untuk dihidang

Edit resipi
Lihat statistik
Kongsi
Cook Today
Mahadiah
Mahadiah @dapurdee
pada
Kuala Lumpur, Malaysia
👩‍🍳 Cooking is an expression of love & creativity❤️🏠🍽 Join Cookpad since 7/6/2021❤️
Baca lagi

Carian Teratas bagi

Resipi Sepertinya