Sambal Tempoyak Ikan Bilis Petai

ainmj
ainmj @cookw_ena

16Julai2021 - Resepi pertama yang saya kongsikan, disebabkan sekarang tengah musim durian. PKPD di Selangor dgn kes Covid yg mencanak-canak sampai keluar memes Selangor dibuang negeri haha.

InsyaAllah, ini bukan resipi pertama dan terakhir yang saya kongsikan. Slowly, saya akan mulakan dgn berkongsi resipi-resipi ringkas.

Sambal Tempoyak Ikan Bilis Petai

16Julai2021 - Resepi pertama yang saya kongsikan, disebabkan sekarang tengah musim durian. PKPD di Selangor dgn kes Covid yg mencanak-canak sampai keluar memes Selangor dibuang negeri haha.

InsyaAllah, ini bukan resipi pertama dan terakhir yang saya kongsikan. Slowly, saya akan mulakan dgn berkongsi resipi-resipi ringkas.

Edit resipi
Lihat statistik
Kongsi
Kongsi

Ramuan

20-25 Minit
5 Orang
  1. Segenggam Penuh Ikan Bilis
  2. Petai (mengikut selera)
  3. Tempoyak
  4. Cili Api Kampung (ikut tahap kepedasan masing-masing)
  5. DaunKunyit
  6. Bawang Merah / Bawang Besar
  7. Bawang Putih

Cara Memasak

20-25 Minit
  1. 1

    Antara bahan yang diperlukan :

  2. 2

    Potong bawang merah kepada 2 bahagian. Separuh tumbuk bersama cili api sehingga lumat.

  3. 3

    Goreng ikan bilis sehingga garing. (Lupa ambil gambar)

  4. 4

    Gunakan minyak sama (bekas goreng ikan bilis) utk menumis bahan yang telah ditumbuk. Tumis sehingga naik bau. Kemudian, masukkan petai. Setelah itu, masukkan tempoyak.

  5. 5

    Tambahkan sedikit air, gaul. kemudian masukkan hirisan bawang (separuh tadi) dan daun kunyit yang telah diracik.

    Gaul sehingga sambal cantik, sedang-sedang dan tidak terlalu pekat. Masukkan perasa, garam, dan gula(jika suka). Kemudian akhir sekali, masukkan ikan bilis.

  6. 6

    Gaul sedikit sehingga sebati dan tutup api. Saya suka ikan bilis tetap garing sbb tu masukkan dia di akhir-akhir sekali :)

Edit resipi
Lihat statistik
Kongsi
Cook Today
ainmj
ainmj @cookw_ena
pada
Belum berkahwin dan menetap bersama keluarga. Harap maklum, masakan saya menggunakan kuali berusia 30an hahahah tunggu kahwin nanti, minta suami beli set kuali periuk belanga yang comel-comel!
Baca lagi

Komen (7)

Q'leenalee's Kitchen
Q'leenalee's Kitchen @airtangan_ummirizqi
Sambal kegemaran mak saya ni....sedapnya👍🤤
#love

Resipi Sepertinya