Kuih Badak Kubang (PAHANG DARUL MAKMUR)

Kakak Faa
Kakak Faa @dapurfaafeefoo
Kuantan, Pahang, Malaysia

Kuih Badak Kubang.

Lebih kurang badak berendam dan koci. Atau open air koci. Hehe.

Kuih taradisional orang Pahang yang asalnya datang dari daerah Chenor, Pahang. Kalau dulu, sebelum covid, wajib beli kuih badak kubang dan dodol kukus di Pekan Sari/Sehari Temerloh. Rindunya nak mengukur pasar pagi terpanjang di Malaysia tu.

Rasanya memang seperti kuih koci tapi diletakkan diatas daun pisang secara terbuka.

Selalu kalau nak makan, beli je. Terima kasih kepada cookpad, membuatkan anak jati Pahang ni, mencabar diri buat kuih tradisional negeri kelahiran sendiri.

Kalau tak memang surrender laa kuih muih tradisi ni, mesti failed.

Alhamdulillah, first time buat dan rasanya adalah 80% menjadi. Lulus laa. Hehe. Harap diri ni berlatih lagi masak masakan tradisional supaya tak hilang ditelan zaman.

#merdekapassport

Edit resipi
Lihat statistik
Kongsi
Kongsi

Ramuan

1 jam
5-6 orang
  1. Bahan Inti
  2. 3 kepingkecil gula melaka *
  3. 1/2 cawangula pasir *
  4. 3 helaidaun pandan (simpul) *
  5. Secubit garam *
  6. 1 cawanair +
  7. 1biji kelapa parut (putih sahaja)
  8. 2sudu besar tepung gandum
  9. Bahan Kuih Badak Kubang
  10. 2 cawantepung pulut
  11. 1/2 cawantepung pulut hitam
  12. Air secukupnya
  13. 1 kgsantan segar
  14. 1sudu besar gula
  15. 2sudu besar tepung gandum
  16. Daunpisang secukupnya
  17. Sedikitminyak

Cara Memasak

1 jam
  1. 1

    Masukkan bahan tanda * dalam pan. Kacau dan buar mendidih dan gula larut.

    Masukkan kelapa prut kacau sampai hampir kering.

  2. 2

    Tabur tepung gandum. Kacau sampai inti masak dan kering. Tutup api, sejukkan inti.

  3. 3

    Untuk kuih, panaskan pengukus.

    Alas loyang dengan daun pisang gunting bulat. Sapu sedikit minyak.

  4. 4

    Untuk doh, masukkan tepung pulut, tepung pulut hitam dan sedikit garam kedalam mangkuk. Kacau sebati.

  5. 5

    Masukkan air sedikit demi sedikit sambil diuli hingga dapat doh macam kuih buah melaka.

  6. 6

    Bulat-bulatkan kecil. Letak inti kelapa ditengah, bulatkan semula. Susun atas daun pisang tadi.

  7. 7

    Untuk santan, bancuh santan, tepung gandum, garam sedikit dan gula sehingga sebati. Kalau rajin boleh kisar atau tapis.

  8. 8

    Tuang adunan santan dalam loyang. Jangan terlampau penuh. Kukus dengan api sederhana selama 10-15 minit. Siap.

Edit resipi
Lihat statistik
Kongsi
Cook Today
Kakak Faa
Kakak Faa @dapurfaafeefoo
pada
Kuantan, Pahang, Malaysia
Faa sangat suka masak,Masak untuk yang tersayang,Semua juadah Allah bagi enak,Syukur dengan rezeki yang terhidang.
Baca lagi

Komen (7)

Resipi Sepertinya