Turkish Flatbread

Najwa | DapurBintang ✨
Najwa | DapurBintang ✨ @najwanik

Resepi roti lembut sesuai dimakan dengan kari mahupun sardin. Tidak perlukan oven, hanya gunakan pan sahaja.

Turkish Flatbread

Resepi roti lembut sesuai dimakan dengan kari mahupun sardin. Tidak perlukan oven, hanya gunakan pan sahaja.

Edit resipi
Lihat statistik
Kongsi
Kongsi

Ramuan

1 jam 30 min
2 orang
  1. 300 gtepung gandum
  2. 10 ggula
  3. 5 ggaram
  4. 4 gyis
  5. 100 mlair
  6. 100 mlsusu
  7. 10 gminyak sayuran

Cara Memasak

1 jam 30 min
  1. 1

    Gaul sebati tepung, gula, garam dan yis.

  2. 2

    Masukkan air, susu dan minyak.

  3. 3

    Uli sekejap lebih kurang 2 hingga 5 minit, sehingga doh tidak melekat di tangan.

  4. 4

    Rehatkan selama 1 jam.

  5. 5

    Tumbuk doh untuk keluarkan udara. Bulatkan dan bahagi doh kepada 6 bebola.

  6. 6

    Tutup 6 bebola doh dan rehatkan selama 5 minit.

  7. 7

    Ambil satu bebola doh kemudian canaikan sehingga 1/2 cm ketebalan.

  8. 8

    Panaskan kuali leper dengan api sederhana.

  9. 9

    Masukkan doh yang dicanai dan panaskan 50 saat bagi setiap bahagian.

  10. 10

    Perlahankan api kemudian terbalikkan roti.

  11. 11

    Masak dengan api perlahan selama 2 minit. Ketika ini, roti akan menjadi kembung. Jika roti tidak kembung, jangan risau roti masih sedap.

  12. 12

    Angkat dan hidangkan.

Edit resipi
Lihat statistik
Kongsi
Cook Today
Najwa | DapurBintang ✨
pada
Housemama. Mama to one little boy and a loving wife to dear husband. Love cooking and trying new recipes.
Baca lagi

Komen

azizah azzalli
azizah azzalli @azizahsulaiman57
Assalam, susu full cream? Susu manis kental?

Resipi Sepertinya