Agar-agar santan gula merah legend

Adura Amin
Adura Amin @belanga_aduraamin

Resepi dari FB Mas Cotek...dah banyak kali buat, kesukaan family...seloyang cepat je licin, mkn sejuk2 hmmm sedap.

Agar-agar santan gula merah legend

Resepi dari FB Mas Cotek...dah banyak kali buat, kesukaan family...seloyang cepat je licin, mkn sejuk2 hmmm sedap.

Edit resipi
Lihat statistik
Kongsi
Kongsi

Ramuan

6 - 7 orang
  1. 25 gmagar-agar tali
  2. 5 cawanair
  3. 2 cawansantan
  4. 3/4 cawangula putih
  5. 1 cawangula merah
  6. Garam secukup rasa
  7. Daunpandan disimpul untuk naikkan aroma
  8. 1biji telur

Cara Memasak

  1. 1

    2 cawan air di masak bersama gula merah, sejukkan dan tapis.

  2. 2

    Masak agar-agar bersama baki 3 cawan air. (Rendam agar-agar sebelum masak untuk cepatkan proses memasak)

  3. 3

    Tambah air gula merah yang telah ditapis & gula putih, masukkan sekali daun pandan.

  4. 4

    Telur dicampur bersama santan, kacau sebati.

    Setelah mendidih masukkan campuran telur dan santan tadi... kemudian masukkan sedikit garam untuk naikkan rasa lemak agar-agar.

  5. 5

    Biarkan adunan agar-agar mendidih seketika... bila nampak seakan bergentel tutup api.

  6. 6

    Masukkan ke dalam acuan atau loyang yang telah dibasahkan terlebih dahulu dengan air supaya mudah untuk keluarkan agar-agar dari acuan atau loyang.

  7. 7

    Sejukkan... Sesuai dinikmati sejuk2. Selamat mencuba 😁

Edit resipi
Lihat statistik
Kongsi
Cook Today
Adura Amin
Adura Amin @belanga_aduraamin
pada
seorang ibu kepada 2 orang anak, gemar mencuba pelbagai resepi menarik 😁
Baca lagi

Carian Teratas bagi

Resipi Sepertinya