Jello Grapes (Anggur Serbuk Jelly) Frosted Fruits (Resepi 2 Bahan)

Sesimple Loralin
Sesimple Loralin @Uchu
Pahang, Malaysia

#ResepiMudah #Resepi2Bahan #TakLebih6Bahan #1stJelloFruits
14/2022

Ternampak dalam gerobok ada serbuk agar-agar perisa laici semasa mencapai serbuk2 agar-agar clear untuk ‘ raindrop cake’ . Alang2 tu frozenkan anggur bersalut serbuk agar-agar berperisa. Feveret anak-anak Uchu ni. Anak2 Uchu yang ajar buat jello ni sebenarnya. Sejak diorang nengok channel Faze Rug, youtuber yang diorang follow buat ni, diorang pun nak ikut buat. Memang sedap.

Gambar ni tak sempat beku betul2 lagi..tapi snap dulu lah..sebab macam ada 6th sense bagitau yang memang tak sempat nak snap gambar esoknya memandangkan anak2 tak ke sekolah , cuti hujung minggu. 😄

Baca lagi
Edit resipi
Lihat statistik
Kongsi

Ramuan

  1. Buah anggur hijau/merah/hitam (lain2 buah yang sesuai)
  2. Serbuk jelly berperisa secukupnya (Uchu guna serbuk agar-agar perisa laici)

Cara Memasak

  1. 1

    Gaul rata serbuk agar-agar berperisa pilihan bersama anggur sehingga serbuk agar-agar membaluti buah.

    Masukkan anggur dalam bekas stainless steel bertutup (terbaik) atau dalam plastik zip-lock.

  2. 2

    Buatlah beberapa bekas untuk hidangan individu barulah tak berebut terutamanya anak2 lah..

  3. 3

    Bekukan 6 jam atau semalaman.

  4. 4

    Resepi lain frosted fruit: orange granita

Reaksi

Edit resipi
Lihat statistik
Kongsi

Ditulis oleh

Sesimple Loralin
pada
Pahang, Malaysia
Saya simpan resepi koleksi peribadi,kongsi resepi, perhati,belajar & cuba resepi di Cookpad😊 ⬇️⬇️⬇️Memasak dan membaking menjadi satu keseronokkan dan terapi untuk Uchu ✌️👍.Ada resepi sesimple dan ada juga resepi terlihat complicated...🤣 selalunya yang simple itu sedap, ada masa kena bersusah sikit untuk sedap. Ape2pun, yang baik dan enak itu datangnya dari Allah, yang kurang itu datangnya dari kelemahan Uchu sendiri..dengan rasa rendah diri..salam kenal dan selamat mencuba!
Baca lagi

Resipi Sepertinya