Kari Kepala Ikan Mayung "Ala Mamak"

Q'leenalee's Kitchen
Q'leenalee's Kitchen @airtangan_ummirizqi
Kota Kinabalu

Negara/Negeri/Daerah/Kawasan PAD :

Kepala ikan Mayung ni mertua ummi yg bagi.Tengok kepala ikan mayung besar sangat mesti sedap dibuat kari. Ummi pun laju jer kelentung kelentang buat masak kari ala mamak. Sebut kata mamak ni sinonim sangatlah dengan Penang (pulau pinang) kan.
Lama tak pekena kari kepala ikan mamak penang, meh kita buat sendiri je dirumah. Sambil makan imaging lah sedang makan di restaurant mamak🤭😀

Edit resipi
Lihat statistik
Kongsi
Kongsi

Ramuan

  1. 5 ulasbawang merah / 1 biji bawang besar
  2. 4 ulasbawang putih
  3. 2 incihalia
  4. 1 sudu makanhalba campur
  5. 3 tangkaidaun kari
  6. 5 sudu besarrempah kari ikan Baba's
  7. 1 sudu besarserbuk cili Baba's
  8. 3 bijitomato-hiris dadu
  9. 3 cawanair(secukuopnya)
  10. 1 sudu besarpes asam jawa "adabi"
  11. 2 sudu besarperasa msg(rasa sifu)
  12. jika perluboleh tambah sedikit garam utk seimbangkan rasa
  13. 1 sendukMinyak masak -menumis
  14. Bahan Tambahan:
  15. Kacang bendi
  16. Tomato belah dua
  17. Cili besar hijau @merah

Cara Memasak

  1. 1

    Campurkan rempah kari ikan dengan serbuk cili. Bancuh dengan sedikit air panas.
    Panaskan minyak tumis bahan kisar dan halba campur serta daun kari sehingga wangi. Tuangkan bancuhan rempah kari tadi dan masak sehingga pecah minyak. Masukkan juga tomato.

  2. 2

    Bila rempah dah mula pecah minyak masukkan garam @ perasa,pes asam jawa.Kemudian masukkan kepala ikan dan isi ikan. Gaul sekata dan biar seketika supaya rempah menyerap masuk kedalam isi ikan.

  3. 3

    Masukkan air, kacau sekata. Bila sudah mendidih kecilkan api, masukkan kacang bendi, tomato dan cili besar jika suka.Masak sekejap sahaja jangan terlampau lama supaya kacang bendi tidak lembik.

  4. 4

    Sedia dihidangkan bersama nasi panas.

Edit resipi
Lihat statistik
Kongsi
Cook Today
Q'leenalee's Kitchen
Q'leenalee's Kitchen @airtangan_ummirizqi
pada
Kota Kinabalu
🍝🍤🥣🍹🍠🍢☕🥟🍜🍨🍩🍿🍜💖Memasak adalah Hobi saya💖Ia satu Pengalaman yang sangat menyeronokkan.Ia satu kepuasan.Ia satu kebanggaan pada diri bila menghasilkan satu2 resepi dan masakan yang sedap dan menarik.Ia juga Therapy...Buatkan Hati Jadi Happy💖💜💖
Baca lagi

Komen

Resipi Sepertinya