🇮🇹 LASAGNA

Keroroyz Royz
Keroroyz Royz @Kak_Roy
Gerikland, MY🇲🇾

🥩🥫🍅 buon appetito! hepi meneraiiii 😉

➡️ source: Cafedelites.com

Edit resipi
Lihat statistik
Kongsi
Kongsi

Ramuan

1 jam
3 sajian
  1. 🧀 Bahan2
  2. 5 kepingkulit lasagna | celur 5 minit
  3. 300 gkeju mozzarella | diparut
  4. Parsley herbs | hiasan
  5. 🥫 Bahan2 sos daging
  6. 300 gdaging kisar
  7. 2 batangsosej daging | kiub kecil (optional)
  8. 1/2 tinkecil sos pasta tomato
  9. 1/2biji bawang besar | dadu kecil
  10. 1 ulasbawang putih | cincang
  11. 1 tbspminyak zaitun
  12. 1/2 batangcarrot | dadu kecil
  13. 1 tspItalian herbs
  14. 1 tsplada hitam
  15. 1/2kiub daging
  16. Garam & gula secukup rasa
  17. 🥛 Bahan2 sos putih (béchamel)
  18. 2 tbspbutter
  19. 1 tbsptepung gandum
  20. 250 mlsusu segar
  21. 100 gkeju parmesan/cheddar | diparut
  22. 1/2 tsplada hitam

Cara Memasak

1 jam
  1. 1

    SOS DAGING : panaskan minyak zaitun. Tumis bawang & carrot hingga carrot separuh masak. Masukkan bawang putih kacau selama 1 minit

  2. 2

    Masukkan daging, kacau sambil leraikan daging supaya sos tidak bergentel nanti. Masak hingga air daging kering dan keperangan. Masukkan sosej & kacau (jika ada)

  3. 3

    Tuangkan sos pasta. Kacau sebati. Tambah air jika perlu. Perasakan dengan garam, gula, kiub daging, lada hitam & Italian herbs. Masak hingga sos menjadi pekat.

  4. 4

    SOS PUTIH: didalam periuk, guna api sederhana, cairkan butter dan masukkan tepung gandum. Whisk tanpa henti hingga tepung nampak sedikit perang.

  5. 5

    Kemudian masukkan susu & teruskan whisk supaya adunan tidak berketul. Jika adunan nampak pekat tambah lagi susu sedikit demi sedikit. Masak lagi selama 2,3 minit hingga sos nampak berkerim

  6. 6

    Tutup api dan masukkan keju parmesan. Whisk hingga keju cair. Perasakan dengan garam & lada hitam

  7. 7

    MELAPIS LASAGNA : Panaskan oven pada suhu 180c.

    Ratakan 2,3 tbsp sos daging didasar loyang 9 x 5.5inc. Kemudian letak sekeping kulit lasagna. Trim hujung kulit lasagna jika perlu. Ratakan sos daging hingga menutupi kulit lasagna. Diikuti dengan sos putih.

  8. 8

    Kemudian taburkan sedikit keju mozzarella. Ulang hingga kulit ke 5. Bahagian atas kulit ke 5 ialah sos daging & sos putih. Taburkan keju mozzarella. Hiaskan dengan parsley herbs.

  9. 9

    Bakar pada suhu 180c selama 25 minit atau keju nampak keperangan. Sejukkan hingga 30minit supaya lasagna nampak cantik berkeping semasa dipotong. Hepi meneraiiii 😉

  10. 10
Edit resipi
Lihat statistik
Kongsi
Cook Today
Keroroyz Royz
Keroroyz Royz @Kak_Roy
pada
Gerikland, MY🇲🇾
ig : 71keroroyz masakan ala cafe & fusion, hepi meneraiiii ✌️
Baca lagi

Komen

Resipi Sepertinya