Kek sarang semut 🐜versi bakar

Cahaya Farah
Cahaya Farah @cook_34615991

Kek sarang semut versi bakar di oleh dari majalah rasa .. Untuk minum petang bersama keluarga tercinta 🥰 pasti menjadi. bersarang-sarang kek semut 🐜🐜dan toink² moist (ni saya buat kurang manis , sebab mak ayah tak nak makan manis sangat * kek sarang semut dinamakan sedemikian kerana rupa yang berlubang-lubang halus seperti dalam sarang semut*

Kek sarang semut 🐜versi bakar

Kek sarang semut versi bakar di oleh dari majalah rasa .. Untuk minum petang bersama keluarga tercinta 🥰 pasti menjadi. bersarang-sarang kek semut 🐜🐜dan toink² moist (ni saya buat kurang manis , sebab mak ayah tak nak makan manis sangat * kek sarang semut dinamakan sedemikian kerana rupa yang berlubang-lubang halus seperti dalam sarang semut*

Edit resipi
Lihat statistik
Kongsi
Kongsi

Ramuan

1 jam 50 minit
5 orang
  1. 1 cawangula pasir
  2. 1 cawanair panas
  3. 1 cawantepung gandum
  4. 3 sudu makanmarjerin
  5. 4biji telur gred B
  6. 3/4 cawansusu pekat manis/ 1/2 cawan jika kurang manis
  7. 2sudu kecil soda bikarbonat
  8. 1sudu kecil baking powder
  9. 1penutup botol esen vanilla

Cara Memasak

1 jam 50 minit
  1. 1

    Sediakan bahan -bahan

  2. 2

    Panaskan kuali.cairkan gula mengunakan api sederhana hingga hangus(keperangan). Kecilkan api dan tuang air panas sikit demi sedikit hingga habis. Masak mengunakkan api perlahan sahaja hingga gula hangus dan air jadi sebati

  3. 3

    Masukkan 3 sudu makan majerin. kacau hingga larut. Padamkan api dan biarkan adunan seketika * masa ni saya suda panaskan oven 170C 30minit *

  4. 4

    Masukkan telur dalam mangkuk. Kemudian kacau sedikit supaya telur kuning pecah sahaja. tambahkan susu pekat manis dan esen vanilla (saya guna 1/2 cawan) * tak nak manis sangat *

  5. 5

    Ayakkan tepung bersama 2 sudu kecil soda bikarbonat dan 1 sudu kecil baking powder.

  6. 6

    Satukan gula hangus ke dalam bekas berisi telur tadi. Kacau rata

  7. 7

    Masukkan campuran tepung yang diayak tadi. Adun hingga sebati.

  8. 8

    Alaskan loyang mengunakan kertas minyak dan griskan loyang dengan majerin * saya tak guna kertas minyak * tuangkan adunan ke dalam loyang.masukkan adunan kek ke dalam oven dan bakar 170C 45 minit (bergantung pada kepanasan oven masing²)

  9. 9

    Kek sudah siap boleh cucuk mengunakan pecucuk satay *kalau x melekat tanda sudah masak.* besar lubang nok ditucuk mengunakan cucuk k makan mie

  10. 10

    Sejukkan sekejap kek sarang semut baru diterbalikkan * masa nak keluar susah n melekat sebab tak guna kertas minyak*

  11. 11

    Tada dah siap boleh dipotong.. Bersarang semut n moist

  12. 12

    Dihidangkan dengan air teh panas. Untuk minum petang mak ayah suka😋 siap suruh buat untuk jual ramadhan nanti. InsyaAllah

Edit resipi
Lihat statistik
Kongsi
Cook Today
Cahaya Farah
Cahaya Farah @cook_34615991
pada
suka masak untuk mak dan ayah walau tak seberapa . penting dorang bahagia dan saya pun happy 🙂practise sebelom bergelar isteri nanti dan sebagai rujukkan sendiri masak untuk bakal suami dan anak² nanti.. 🤲👩‍🍳🍳👍
Baca lagi

Komen

Resipi Sepertinya