Sup Sawi Jepun dengan Tauhu Telur

Cookies Monster 🍪
Cookies Monster 🍪 @kukimonster

Antara sup kegemaran 💕💕

Lama tak buat sebab kirim runner beli barang, beli apa yang biasa. Dapat ke kedai sendiri hari tu.. bolehla beli bahan yang terasa nak makan.

Sup Sawi Jepun dengan Tauhu Telur

Antara sup kegemaran 💕💕

Lama tak buat sebab kirim runner beli barang, beli apa yang biasa. Dapat ke kedai sendiri hari tu.. bolehla beli bahan yang terasa nak makan.

Edit resipi
Lihat statistik
Kongsi
Kongsi

Ramuan

2 orang
  1. Tauhu telur goreng
  2. 1 tiubtauhu telur (hiris ikut tebal diinginkan)
  3. 2-3 tbsptepung jagung
  4. 1senduk minyak untuk goreng
  5. Sup sayuran
  6. 1-2inch halia (hiris lidi)🌸
  7. 3 ulasbawang putih (hiris/ketuk)🌸
  8. SecukupnyaIsi ayam / 1 kiub stok ayam🌸
  9. 1 tbspsos tiram
  10. 1 bijitelur (optional)
  11. 1 cawanair
  12. Secukupnyasawi jepun
  13. 1-2kiub frozen lobak merah (hiris panjang)
  14. 2 tbspair bancuhan tepung jagung
  15. 1 tspminyak bijan (optional)

Cara Memasak

  1. 1

    Hiris tauhu telur dan salutkan dengan tepung jagung.

  2. 2

    Gorengkan tauhu telur yang telah disalut bersama teping jagung ikut citarasa nak kering mana. Ketepikan

  3. 3

    Ambil sedikit minyak goreng tauhu telur, tumis isi ayam bersama bahan bertanda 🌸.

    Nota : jika guna kiub, skip tumis kiub.

  4. 4

    Masukkan sos tiram dan minyak bijan jika guna. Gaul rata.

  5. 5

    Masukkan air dan sayuran.

    Nota : Jika guna lobak merah segar, sawi masuk kemudian selepas sayur keras lembut.

  6. 6

    Masukkan air tepung jagung apabila sayuran sudah hampir masak. Kacau rata.

  7. 7

    Pecahkan telur jika guna.

    Tips :
    Masukkan telur perlahan2 ikut bulatan jika mahu macam thread.

  8. 8

    Biar seketika. Perasakan dengan garam jika mahu dan siap untuk dinikmati. Tak tambah garam pun da masin. Tapi boleh tambah ikut citarasa masing2. ☺️

Edit resipi
Lihat statistik
Kongsi
Cook Today
Cookies Monster 🍪
Cookies Monster 🍪 @kukimonster
pada
Hi! Saya seorang herbalist..botanist☺️.tapi suka makan kek n biskut jugaaa😌Love gardening n explore new things..🧙Enjoy cooking, baking very mucchhhdan... suka cuba resipi kuban2🤭🤭follow la kiter kat🫶fb/iG /sopee : @lamanaifatiya🫶https://t.me/lamanaifatiya
Baca lagi

Komen

Resipi Sepertinya