Ramuan

2 Jam masa membakar, 30 minit masa buat
Ramai
  1. 4 cawanUbi Kayu yang telah di parut
  2. 2 kotakSantan Pekat (400ml)
  3. 1 cawanGula (Kalau suka manis sedikit tambah lagi 1/2 cawan gula - saya guna 1 cawan sahaja😄)
  4. 1/2 sudu kecilGaram
  5. SedikitPewarna Kuning

Cara Memasak

2 Jam masa membakar, 30 minit masa buat
  1. 1

    Panaskan oven pada suhu 200 darjah Celcius menggunakan api atas dan bawah tanpa kipas.

    Parut ubi kayu dan sukat.

  2. 2

    Masukkan semua bahan lain (santan, gula, garam & pewarna kuning)

  3. 3

    Dan kacau rata sehingga gula hancur.

  4. 4

    Tuang ke dalam loyang berukuran 7 X 7 inci dan ratakan permukaannya.

  5. 5

    Masukkan loyang ke dalam ketuhar dan letakkan di rak paling bawah. Bakar selama 1 1/2 jam - 2 jam atau hingga bahagian atas bengkang keperangan.

  6. 6

    Setelah masak, keluarkan dan sejukkan lebih kurang 3-5 jam sebelum dipotong dan dihidang. Kuih akan lekang dari tin pembakar apabila ia berada pada suhu bilik.

  7. 7

    Inilah hasil bingka ubi yang dah disejukkan dan di potong

Edit resipi
Lihat statistik
Kongsi
Cook Today
CTIE BAKERYS
CTIE BAKERYS @ctiebakerys
pada
Puchong New Village, Selangor, Malaysia

Komen

Resipi Sepertinya