Bubur pulut hitam bersama sagu

Nur Aziqah
Nur Aziqah @aziq
Sabah, Malaysia

Saya dan kakak adalah penggemar setia pulut hitam. Bagi saya, pulut hitam ni dimasak dengan cara apa sekalipun atau dimakan tanpa santan pun tetap sedap, yang penting ada daun pandan untuk membangkitkan aroma. Resepi yang saya kongsikan ni sesuai sangat untuk orang yang tidak suka makanan manis sangat dan bersantan. Santan dalam resepi ni hanyalah optional. Memasak bubur pulut hitam ni pun sangat mudah, cuma memerlukan masa yang agak panjang. Kalau ada pressure cooker lagi senang, sekejap saja dah siap.

Baca lagi
Edit resipi
Lihat statistik
Kongsi

Ramuan

1 jam 30 minit
4 orang
  1. 1 cawanberas pulut hitam (rendam semalaman atau 5-6 jam)
  2. Segenggamatau 1/2 cawan sagu (direndam sebentar)
  3. 6 cawanair (boleh ditambah mengikut citarasa masing-masing)
  4. 2 helaidaun pandan (carikkan dan simpul)
  5. 1/2-1 ketulgula Melaka (boleh ditambah atau dikurangkan mengikut citarasa masing-masing)
  6. Optional* 200ml santan kotak (kalau nak lagi sedap guna santan segar)
  7. secukup rasaGaram

Cara Memasak

1 jam 30 minit
  1. 1

    Rebus pulut hitam dengan air dan daun pandan sehingga pulut lembut dan kembang. Biarkan pulut masak dan masukkan sagu yang telah direndam sebentar. Biarkan kuah menjadi pekat. Boleh tambah air jika kuah terlalu pekat.

  2. 2

    Bila sagu dah mula kembang, masukkan gula Melaka dan masak sehingga mendidih.

  3. 3

    Bila bubur dah masak bolehlah tutup api dan tunggu sehingga suhu turun dulu baru letak garam secukup rasa. Kenapa letak garam kemudian? Ini kerana garam akan jadi rosak bila dimasak atau bertindakbalas dengan suhu yang tinggi. Jangan biasakan diri bubuh garam ketika masakan masih menggelegak atas dapur. Banyak khasiat garam ni sebenarnya.

  4. 4

    Untuk kuah santan:

    Masukkan santan ke dalam periuk lain sehingga mendidih. Gunakan api kecil. Perlu dikacau selalu ya supaya santan tidak berketul atau pecah minyak. Perasakan dengan sedikit garam. Kuah ni untuk dituang ke atas pulut hitam tapi kalau saya lebih suka makan bubur pulut hitam ni begitu sahaja tanpa santan.

  5. 5

    TIPS

    ▫️Rendam pulut semalaman untuk menjimatkan masa merebus. Boleh juga kalau tak rendam tetapi masa merebus akan memakan masa yang agak panjang. Selamat mencuba!

Reaksi

Edit resipi
Lihat statistik
Kongsi

Cooksnap

Anda telah mencuba resipi ini? Kongsikan gambar hasilnya!

Kartun lukisan tangan berwarna kelabu memaparkan kamera dan kuali memasak berserta bintang-bintang di dalamnya

Ditulis oleh

Nur Aziqah
pada
Sabah, Malaysia
A good recipe can create a miracle
Baca lagi

Resipi Sepertinya

Lebih Banyak Resipi Pilihan