Pucuk Paku Tumis Cendawan Tiram

Sesimple Loralin
Sesimple Loralin @Uchu
Pahang, Malaysia

Dolu2, kalau arwah mak suruh petik2 pucuk dan daun lembut dari batang pucuk paku ni, mahu melompat bintang menggelupur kalau ternampak 🐛 🤣🤣. Sama jugak kalau arwah ajak tolong berkebun, bila nampak 🪱, memang tercampak segala ape yang ada di tangan, lari lintang pukang…geli betul..

Arwah mak selalu cakap, “esok-esok mati jadi makanan ulat, cacing dalam kubur jugak!” 😅

ehhhhh.. anak membela diri mesti menjawab..” eh mak ni…sekarang ni ‘orang’ tengah hidup lagi laa mak..sebab tu geli….” 🤣🤣

Pastu mak akan cakap, “ sebab tu orang hapal Quran tu Insyaallah tak terusik jenazah dalam kubur..’

hehe..ehhh menjawab jugak anaknya..” dah tu ngape tak antar orang menghapal dari kecik…”

mak cakap..sebab dulu2 pusat tahfiz jauh2 sangat dan tak banyak kemudahan…tak sanggup pulak nengok anaknya berkudis ke ape..sebab ada pengalaman kakak yang belajar separuh jalan je 😅

Sekarang alhamdulillah , best ada banyak pusat tahfiz yang proper, termasuk di bawah tajaan government negeri & pusat dan lebih sistematik silibusnya. Insyaallah mampu lahirkan umat yang berjaya dan cemerlang dunia dan akhirat..

Sembang anak beranak, dari ulat,cacing sampai cerita hal hidup mati, kudis buta , kisah nabi, kisah mitos melarat2 sampai patah balik zaman jepun pastu kembali semula zaman Doraemon..🤣🤣

P/s: ‘orang’ ialah ganti diri pertama bermaksud ‘saya’ digunakan oleh sesetengah anak dlm keluarga. Ganti nama ini sebenarnya satu ganti nama yang mesra..
Sape sini suka guna ‘orang’ dalam family?🙋‍♀️😆

Edit resipi
Lihat statistik
Kongsi
Kongsi

Ramuan

  1. 4ikat pucuk paku (ambil pucuk, daun lembut sahaja)*
  2. 2 peketcendawan tiram
  3. 3 sudu besarsos tiram
  4. Bahan kisar/tumbuk kasar
  5. 5 ulasbawang merah ros
  6. 4 ulasbawang putih
  7. 1 bijicili besar + 2 biji cili kecil
  8. Perasa
  9. Sedikitgaram,gula (optional, boleh guna sos tiram sepenuhnya)

Cara Memasak

  1. 1

    Mungkin terdapat telur, ulat pada pucuk paku.

    Tips, sediakan besen besar berisi air. Kocak ikatan pucuk paku dalam air dengan kuat.

    Kemudian petik2 pucuk dan daun lembut di bawah aliran air paip sambil membuat pemerhatian pada pucuk/daun.

    Rendam dalam besen air bergaram seketika.

    Toskan dan keringkan daun seketika.

    Nampak banyak bila petik2, tapi bila dah masak, dapat sepinggan je..

  2. 2

    Tumis bahan kisar/tumbuk kasar.

  3. 3

    Masukkan cendawan dan pucuk paku. Tambahkan sos tiram dan perasakan. Masak dan kacau rata sehingga pucuk paku lembut sedikit.

Edit resipi
Lihat statistik
Kongsi
Cook Today
Sesimple Loralin
pada
Pahang, Malaysia
Saya simpan resepi koleksi peribadi,kongsi resepi, perhati,belajar & cuba resepi di Cookpad😊 ⬇️⬇️⬇️Memasak dan membaking menjadi satu keseronokkan dan terapi untuk Uchu ✌️👍.Ada resepi sesimple dan ada juga resepi terlihat complicated...🤣 selalunya yang simple itu sedap, ada masa kena bersusah sikit untuk sedap. Ape2pun, yang baik dan enak itu datangnya dari Allah, yang kurang itu datangnya dari kelemahan Uchu sendiri..dengan rasa rendah diri..salam kenal dan selamat mencuba!
Baca lagi

Komen (6)

KAM
KAM @kamarullah
🙋🙋🙋.... Saya uchu suka guna' orang ' juga 😆😆😆

Resipi Sepertinya