Ramuan

1 jam
4 sajian
  1. 1 bungkusKimball spaghetti
  2. 400 gDaging kisar
  3. 1 tinPuri tomato
  4. 1 tinsos pasta tomato Tradisional(prego)
  5. bawang merah
  6. bawang putih
  7. Sosej cheese
  8. Chedder cheese/klu tak ada boleh skip
  9. Sedikit minyak untuk menumis
  10. Garam
  11. gula

Cara Memasak

1 jam
  1. 1

    Rebus pasta dengan air campur kan sedikit garam dan sesudu minyak

  2. 2

    Tumis bawang merah bawang putih yg sudah di tumbuk kasar dalam minyak

  3. 3

    Masuk kan daging kisar,sy guna brand ni.

  4. 4

    Tumis daging tu sehingga agak masak sedikit jika kering tambah air sedikit sahaja

  5. 5

    Klu daging tu dah agak masak masukkan 1 tin puri tomata,1 tin sos prego

  6. 6

    Masukkan sosej yg dah dipotong-potong

  7. 7

    Gaul semua bahan perasakan dengan garam dan gula ikut citarasa masing2.

  8. 8

    Tambah sedikit air jika sos terlalu pekat

  9. 9

    Boleh tambah sedikit lada hitam klu nak.klu tak ada pun tak apa

  10. 10

    Ambil pasta ke dalam pinggan tabur kan cheese dan sos pasta siap untuk di hidangkan, selamat mencuba🙂

Edit resipi
Lihat statistik
Kongsi
Cook Today
queen december
queen december @lanshinhanna
pada

Komen

Ahmad Zharif
Ahmad Zharif @zharifverstappen_
Bawang merah/putih tu berapa banyak kak nak pakai??
(diedit)

Resipi Sepertinya