Spaghetti Bolognese

Nor Al Fatihah
Nor Al Fatihah @ThahWatermelon85
Klang, Selangor

Spaghetti Bolognese ni saya buat sempena hari lahir suami saya pada 4 Jun tempoh hari. Dah lama tak buat..suka sangat bila suami berselera makan..anak2 pun suka..

Spaghetti Bolognese

Spaghetti Bolognese ni saya buat sempena hari lahir suami saya pada 4 Jun tempoh hari. Dah lama tak buat..suka sangat bila suami berselera makan..anak2 pun suka..

Edit resipi
Lihat statistik
Kongsi
Kongsi

Ramuan

  1. 400 gmspaghetti Kimball
  2. 400 gmdaging lembu kisar Ramly
  3. 420 gmdaging burger lembu Ramly- untuk di jadikan bebola
  4. 2 sudu besarbutter/marjerin
  5. 1labu bawang holland -di cincang
  6. 2 ulasbawang putih -di cincang
  7. 1 tin (300 gm)sos pasta tomato Prego
  8. 1 tin (220 gm)tomato puri Duchef
  9. 1 sudu tehserbuk lada hitam
  10. 4 batangsosej daging @ ayam -di potong kecil
  11. 5-6 bijicendawan butang dlm tin -di potong nipis
  12. 2 1/2 cawanair
  13. 2 sudu besargula atau secukup rasa
  14. 1 sudu tehgaram atau secukup rasa
  15. Parmesan Cheese -untuk hiasan (optional)

Cara Memasak

  1. 1

    Didihkan air bersama 3/4 sudu teh garam & 1 sudu besar minyak. Masukkan spaghetti & rebus hingga lembut. Angkat & toskan

  2. 2

    Lenyekkan daging burger & gentel bulat2. Kemudian rebus hingga setengah masak. Tos & ketepikan dulu

  3. 3

    Cairkan butter, tumis bawang holland & bawang putih hingga layu

  4. 4

    Kemudian, masukkan daging kisar. Kacau hingga daging masak

  5. 5

    Campur sos pasta tomato, tomato puri & serbuk lada hitam. Kacau rata

  6. 6

    Akhir sekali, masukkan air, bebola daging, sosej, cendawan, gula & garam. Biarkan mendidih hingga kuah agak pekat

  7. 7

    Hidangkan. Letak spaghetti di dlm pinggan, kemudian tuang kuah & parut dengan parmesan cheese

Edit resipi
Lihat statistik
Kongsi

Cooksnap

Anda telah mencuba resipi ini? Kongsikan gambar hasilnya!

Kartun lukisan tangan berwarna kelabu memaparkan kamera dan kuali memasak berserta bintang-bintang di dalamnya
Cook Today
Nor Al Fatihah
Nor Al Fatihah @ThahWatermelon85
pada
Klang, Selangor
🍉 Watermelon Lover 🍉Suka buat kuih, desserts, kek & biskut bentuk tembikai 🍉🍉
Baca lagi

Carian Teratas bagi

Resipi Sepertinya